Bab 12 : Kelab.

Other Series 2147

Hari Rabu.Hari kokurikulum bagi semua pelajar di smk Kampung Sonakan.Kalau ada salah seorang pelajarnya ponteng hukuman berat sedia menanti...

Dulu si Hani pernah ponteng kokurikulum.Selepas ada tindakan oleh si Izwan dahulu, Dia mengenakan hukuman bersihkan seluruh taman di sekolah.Bukan sedikit tapi banyak, taman di sekolah seperti kolam ikan, taman bunga, taman riadah, taman sains dan matematik, taman teknologi dan lain-lain.

Sejak hari tu, dia tak mahu lagi ponteng kokurikulum bahkan dia tak mahu cuti pada hari rabu.Takut cikgu akan menerunkan markah kokurikulum.

Hari ni hari kokurikulum bagi kelab dan persatuan.Hani ialah ahli kelab fotografi dan si Siti juga ahli kelab seni landskap.Seni landskap ialah salah satu seni mengkonsepkan hiasan tanaman kediaman seperti bunga dan kolam.

Hani suka fotografi kerana dia suka gambar-gambar yang mengfokuskan objek jauh dan dekat.Selain fokus, dia suka gambar yang berwarna-warni seperti gambar memberi filter dan HDR.

Hani pun mengenalan dengan dua orang kawan iaitu Anisa dan Afna.Mula-mulanya, Hani berasa malu mahu berkenalan dengan semua pelajar lain apatah lagi seseorang.Selama ni Hani berkawan dengan Siti sejak tadika sampai sekolah menengah.Anisa dan Afna pun sama, mereka berdua pun kawan sejak kecil tapi mereka tinggal di Kampung Sebatuk di selatan Kampung Sonakan.

Anisa adalah seorang mahir dalam mengfokuskan gambar.Dia selalu mengfokuskan anatara objek dengan landskap seperti dia menangkap gambar di kolam ikan sekolah tahun lepas dan dia dapat anugerah dalam pertandingan foto terbaik yang dianjurkan oleh pihak sekolah sendiri.

Manakala Anfa pula, dia mahir dalam mengeditan seperti photoshop.Dia pandai mengubah gambar yang tiada efek menjadi ada efek.Dia pun selalu membantu si Anisa.

Hani cuma mengikut gerak-geri mereka berdua tetapi mereka selalu membantu Hani kalau ada masalah tentang gambar.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience