Selepas itu, mereka berdua pun dibawa oleh cikgu kerana mereka didakwa bergaduh di dalam kelas berapa minit yang dulu.
Setelah sampai di depan pejabat pengetua, mereka sudah mula takut sebab pengetua SMK Sonakan amat garang orangnya walaupun mukanya amat baik hati.Apabila ada kes keras muka pengetua terus berubah jadi raksasa yang sedang berlawan dengan ultraman.
"Saya tak mahu masuk!!!!!" si Izwan menjerit seperti anak burung kelaparan.
"Hehehe...siapa suruh" menjawab si Hani dan sempat lagi dia ketawa kecil.
"Isshh..." Kata dari Izwan.
Cikgu pun terus buka pintu untuk masuk mereka ke dalam bilik pengetua.
"Wahai pelajar-pelajarku sila duduk." kata tuan pengetua.
Mereka berdua pun duduk serentak di hadapan tuan pengetua yang sedang tersenyum.
"Sebenarnya...." kata si Hani.
Tiba-tiba saja Izwan menyampuk "Tuan pengetua, dia yang salah sebab mula dahulu pergaduhan!"
Hani pun terus marah tak tentu arah dihadapan pengetua dan dia berkata "EEEEEHHHHH?! SALAH SAYA PULA YANG MULAKAN DAHULU BUKAN AWAK KE YANG MENGHINA SAYA TERLEBIH DAHULU?!"
Izwan pun sambung "CEH! MANA ADA AWAK MULA DAHULU SEBAB KURUK SAYA!"
"FITNAH!!!" Hani pun berlontar peluru ke Izwan.
"PENIPU!!!!" Izwan berlontar balik.
Tuan pengetua pun mahu menukar mood baik menjadi mood marah kerana lihat mereka berdua sering bertikam lidah.
"DIAMLAH!!!!!" Tuan pengetua dengan suara kuat sampai dengar satu atau dua blok sekolah dan mengembang bulu roma mereka berdua setelah mendengar jeritan oleh tuan pengetua.
"Sebenarnya, saya mahu tahu kenapa awak berdua bergaduh dalam kelas ketika cikgu baru keluar dari kelas pada masa yang pertama? sila jawab jujur dan satu persatu." kata tuan pengetua dengan mood yang baik.
Lalu Hani pun berkata......
Bersambung dalam bahagian kedua...
Share this novel