Bab 4 : Cikgu Mewati namanya.

Other Series 2146

Selepas dua subjek dijalankan, Hani bertungkus-lumus menyiapkan lima laporan geografi yang diberikan oleh Izwan si berangan.

Kemudian...

Hani dan Siti pun memberi lima laporan yang sudah siap kepada cikgu.Cikgu Mewati merupakan guru geografi dan guru kelas mereka.Cikgu Mewati ialah bekas pelajar universiti di Sarawak.Baru berumur 31 tahun.Dia masih single.

Mungkin 2 bulan lagi... Cikgu akan kahwin dengan penduduk kampung sini.

Hani pun tak hairan sebab dari dulu lagi Hani dan Siti memang suka pergi ke majlis perkahwinan di kampung.Mereka suka kerana mereka akan menghidangkan makanan yang penuh selera, menjemput pengantin lelaki ke rumah pengantin perempuan, membaca tahlil dan banyak perkara yang seronok di majlis perkahwinan.

"Bilalah saya nak kahwin..." kata Hani selepas menghantar laporan dan berlalu pergi dari pejabat guru.

"Ishh! awak ni.Jangan nak beranganlah!!!" jawab si Siti yang penuh berasa malu...

Mereka berdua pun balik dari sekolah.

Hani sempat lagi membeli cakoi dari gerai mak cik di tepi jalan besar menuju kampung.Hani dan Siti pun makan cakoi yang dibelinya.

"Sedapnya....Cakoi mak cik nilah yang paling sedap di kampung Sonakan ni!" kata Hani sambil tangannya memberi good.

"heh...jangan lahap sangat makan tu..." jawab si Siti dengan muka peliknya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience