Bab 3 : Ada satu tugasan di sekolah.

Other Series 2147

Mereka berdua pun baru sampai ke sekolah hampir pukul 7 pagi kerana jarak antara sekolah dengan rumah mereka amat jauh.

Hani dan Siti baru masuk ke kelas pada pukul 6.50 pagi.
Hani baru sahaja duduk, tiba-tiba ada seorang budak lelaki jumpanya iaitu Izwan.Izwan ataupun nama panjangnya Muhammad Izwan adalah seorang ketua kelas di kelas Hani.

Izwan adalah seorang yang kuat berangan dan bertunjuk-tunjuk.Ramai kawan-kawannya tak menyukai sikap si Izwan.Asal tak siap kerja yang dia suruh, terus satu kelas yang kena.

Bukan sekali tetapi hampir setiap hari...

Hani pun gelisah apabila melihat muka si Izwan tu.Tetapi dia bersabar atas sikapnya tersebut.

"Ya Allah, kenapa saya jumpa si Izwan ni...." kata dalam hati si Hani...

Secara tiba-tiba, Izwan pun bagi laporan yang diberi oleh cikgu kepadanya.Laporan tersebut adalah laporan geografi yang belum dihantar kepada cikgu dua minggu lepas...

Bukan sikit.... ada lima laporan....

"Siapkan laporan tu, SEKARANG!!!" menjawab si Izwan dengan bertindak kasar ( lalu meludah ).

Belum sempat lagi Hani berkata, lalu Izwan beredar dari meja Hani dengan muka selambar.Hani pun berasa geram tetapi bersabar kerana Allah maha mengetahui atas sikap hambanya.

Waktu rehat, Hani dan Siti duduk di cerun bukit.Mereka makan sambil melihat pelajar memain tenis dibawah cerun bukit.Hani masih berasa geram atas sikap si Izwan yang suka berlagak seperti bos besar dalam pejabat akuantan yang memberi lumayan.

"Sabar Hani, Sabar.Biarlah si mamat tu cari pasal.Jangan kita yang cari pasal..." kata Siti.

"Ish! Saya tak tahanlah dengan dia tu dahlah berlagak, sombong pula tu.Kalau saya ni badan tuff, saya mahu tumbuk ikut gaya John Cena..." jawab si Hani

Hani pun mengikut gaya John Cena berlawan...

Siti pun ketawa.

Selepas itu, Hani pun beri soalan kepada Siti.

"Siti?"

"Apa?"

"Awak dengan Izwan memang berkawan sejak sekolah rendah kan?"

"Yup!"

Ya memang betul.Izwan dengan Siti memang berkawan sejak tahun 3 lagi.Tetapi perangai Izwan dahulu lain daripada sekarang.Dahulu macam seorang ustaz.Dia memang baik hati, suka membantu kawan-kawan dan cikgu, berhormati dengan orang lebih tua daripadanya.

Tiba - tiba sahaja berubah apabila dia mendapat duit raya berjumlah RM1K setiap tahun.Terus perangainya berubah...

"Setakat duit raya..." jawab Hani.

Mereka berdua pun ketawa sambil menutup bekas makanan dan beredar dari cerun bukit ke kelas ambil masa 3 minit.

P/S : Sekolah tu memang besar...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience