Bab 2 : Permulaan dengan pagi yang indah

Other Series 2147

"Indahnya pagi hari ni..."

Kata si Hani yang baru sahaja membuka matanya dan terus bangun untuk mengemas dirinya.Selepas mengemas, dia sembahyang subuh dengan kedua ibubapanya.Kemudian, dia pun pergi sarapan pagi dengan mereka (ibubapa).

Puan Hajah Budiah pun berkata dengan anaknya "Hani,kamu sudah kemas barang untuk pergi ke sekolah?".Hani pun menjawab, "Ya, ibu" .Puan Hajah pun amat gembira apabila melihat anaknya pandai mengurus masa bagi menyusun buku matapelajaran untuk di sekolah nanti.

Pak Hamid turut gembira...

Hani mahu berangkat ke sekolah.Pesan ibubapanya "belajar rajin-rajin supaya Hani dapat mencapai cita-cita kelak." dan Hani pun menjawab "Baik, ibu.Baik, ayah".

Hani pun bersalam dengan kedua ibubapanya.Dan Hani pun mula bergerak.

Beberapa minit selepas keluar dari lorong ke jalan besar menuju ke sekolah, ada seorang budak perempuan yang mengunggu di pondok berhampir simpang ke jalan besar iaitu kawan kepada Hani.Nama budak perempuan itu adalah Siti Aminah.Siti adalah kawan Hani sejak tadika lagi, dia selalu membantu apabila Hani terdapat masalah luar atau dalam.

Seorang sahabat mestilah tolong-menolong antara satu sama lain.

"Assalamualaikum" Hani memberi salam.

"Walaikumussalam" jawab Siti.

Mereka pun lalu berjalan bersama menuju ke sekolah.Sekolah menengah kebangsaan kg.Sonakan adalah sekolah terbesar di sekitar kampung tersebut.Walaupun jumlah pelajar di sekolah tersebut sedikit tetapi kawasan sekolah amat luas.Sampai ada padang tenis lagi...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience