Bab 10 : Kes (Bahagian Kedua)

Other Series 2147

Bersambung dari bab 9....

Lalu Hani berkata "Izwan mula lebih dahulu kerana dia meghina saya dengan fitnah yang saya ada teman lelaki ."

Izwan pun bersabar atas kesilapan yang berlaku keatas si Hani.Izwan pun berkata "Tuan pengetua betul kata Hani tu, Saya suka membuli, suka kata dari belakang, menghina dan berlawan dengannya.Saya memang layak mendapat hukuman yang paling berat dari tuan sendiri.Saya redha sahaja."

"Izwan...." kata dari Hani yang berasa dirinya serba salah kerana dia memulakan jeritan yang besar di dalam kelas.

"Hani, maafkan saya.Saya tersilap atas apapun yang berlaku kepada awak. Sepatutnya saya tak boleh berkasar dengan budak perempuan.Lebih-lebih lagi cerita hal dalaman." Izwan pun berasa keinsafi atas kesalahan yang dia buat dari dulu lagi.

Hani pun berasa mahu menangis kerana pertama kali melihat si pembuli dapat keinsafan yang hakiki di depan matanya.

"Ya, saya maafkan awak..." kata si Hani dengan hati yang sayu.

Mereka berdua kembali melihat tuan pengetua yang masih tersenyum lebar.

"Ha... lihat awak berdua, kan senang hidup macam ni sering silaturahim sesama manusia, sering maaf-bermaafan dan sering membantu antara satu sama lain.Janganlah kita bermusuh-musuhan anatara kita sebab boleh merosakkan hati dan jiwa kita." kata nasihat dari tuan pengetua yang asyik tersenyum sahaja.

"ya..." kata Hani dan Izwan yang berasa bersalah...

"Jadi... saya takkan bagi hukuman untuk awak berdua kerana awak berdua sudah memberi kebaikan kepada saya." Kata tuan pengetua yang tarik balik hukumannya itu.

"APA YA KE? YAHOOO!!" Hani dan Izwan pun berasa gembira kerana mereka berdua tak dikenakan hukuman setimbalnya.

Manakala cikgu pula keluar dari bilik pengetua dengan berasa janggal.

Selepas itu, Izwan pun berjanji bahawa dia takkan buat kerja jahat keatas Hani lagi dan dia benar-benar insaf daripada kesalahan yang berlaku.Mereka berdua bersalam antara satu sama lain.

Hani pun gembira kerana tiada orang yang membulinya.

Mereka berdua pun kembali ke kelas dengan muka penuh senyuman.Kawan sekelas termasuk Siti pun terkejut besar kerana Izwan selalunya berkasar dengan Hani tapi yang ni dia benar-benar berubah perangainya.

Mereka pun kembali kepada asal dan kelas pun kembali ceria sediakala.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience