Bab 8 : Kantoi

Other Series 2147

Keesokan harinya, Hani dan Siti berjalan bersama ke sekolah.Pada waktu yang sama juga Siti bertanya...

"Awak dah mula whatsapp dengan A.I.M.A.N...." Siti berkata dengan secara mengata si Hani.

Hani pun terus merah mukanya selepas mendengar Siti bertanya...

"Ma... ma... mana ada sa...saya mesej dengan dia..." Hani berkata dengan rupa kelang-kabut.

Dan Siti pun ketawa kecil.Muka Hani menambah merah selepas mendengar pentanyaan dari Siti.

Sewaktu di sekolah,Tiba-tiba saja Izwan datang ke tempat Hani lagi.

"Hello, Hany si budak kampung." kata si Izwan dengan kata berhinanya.

"Ishhh! dia lagi" kata dalam hati si Hani.

Hani pun bertahan dengan perangai si Izwan yang suka mengata orang lain.

"Saya dengar awak ada boyfriend dari kampung seberang, siapa nama AIMAN. HAHAHAHA" sambung si Izwan tapi dia membuat Hani naik angin.

Tiba-tiba saja Hani tendang meja supaya dia memberi amaran kepada si budak sombong tu.

"Wei, Saya tak takut dengan awak yang suka menghina saya kat depan kawan-kawan dan saya tak takutlah dengan sikap keji awak yang boleh merosakan hubungan persahabatan tu.Saya lebih rela dihina.Walaupun keluarga saya miskin tapi keluarga saya kuat dalam sebarang cabaran.Tak macam awak tu keluarga kaya dengan harta tetapi penakut." Kata si Hani dengan kemarahan yang dilontar kepada si Izwan.

"KURANG AJAR KAU, HANI!!!!!" Izwan dengan lepas geramnya dan mahu menampar si Hani didepan kawan-kawan sekelas termasuk Siti.

Masa yang sama juga, tiba-tiba cikgu terlihat ada dua orang pelajar (Hani dan Izwan) yang mahu bergaduh di dalam kelas.

"Oi, kamu berdua mari ke sini saya nak hantar kamu berdua ke bilik pengetua untuk berbicara bersama tuan pengetua."kata cikgu yang ternampak tadi.

Lalu mereka berdua pun tinggalkan kelas dan mengikut cikgu ke bilik pengetua untuk soal siasat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience