BAB 9

Family Completed 4712

“Ibu tak marah pada adik ibu yang ugut ibu?”

“Tak, ibu dah maafkan adik ibu. Ibu sayang sangat dengan adik ibu. Dialah satu-satunya adik yang ibu ada dan Mei adalah satu-satunya anak saudara dan anak susuan yang ibu ada. Sebab itu ibu sayang.”

“Tapi ibu jangan sayang dia lebih daripada Dhiya pula. Dhiya tak suka. Nanti Dhiya lari dari rumah kalau ibu sayang dia lebih.” Dhiya mengugut. Ibu tersenyum.

“Ibu sayang anak-anak ibu semuanya sama. Tak ada yang kurang. Malah, semuanya terlebih.” Dhiya memuncungkan bibir manja. Dia mendakap Ibu erat.

“Itu yang sebenarnya. Kau jangan salah faham. Ibu sayang kau sangat-sangat. Sama macam mana ibu sayang aku, Aqmal, Adie dan Daniel.” Dhiya memujuk. Dia memeluk Mei. Mindanya teringat akan Ibu ketika pertama kali memeluk Mei. Pelukan hangat Mei sama seperti pelukan hangat Ibu. Wajah Mei juga ada iras-iras Ibu. Mungkin kerana Mei anak saudara Ibu. Mei membalas pelukan Dhiya. Dia tidak mampu berkata. Betapa sayang Ibu padanya. Air mata Mei dan Dhiya turun. Daniel, Aqmal dan Adie hanya mampu memandang.

“Okey, okey. Jom keluar. Tak mau sedih-sedih dah.” Aqmal bertepuk tangan. Mei dan Dhiya melepaskan pelukan. Mereka mengusap air mata sendiri.

“Jom.” Adie menarik Dhiya manakala Daniel menarik Mei. Aqmal pula sudah menunggu di luar. Selepas ini, mereka akan duduk berlima, menjalankan hari seperti adik-beradik yang lain. Tetapi bezanya, mereka hidup bersama tanpa ibu dan ayah di sisi. Namun begitu, mereka tetap gembira. Dapat bersatu semula selepas beberapa tahun terpisah secara berasingan.

Benar, kan? KUOTA KASIH yang lama terpadam, kini kembali seperti biasa malah lebih ceria. Tiada yang mustahil.

Setahun kemudian.

“Sini.” Mei memalingkan wajah Dhiya. Dia membetulkan sedikit solekan di muka Dhiya.

“Wah, dah nak jadi isteri orang dah adik bongsu kita ni. Tak sangka kau yang naik pelamin dulu, ya?” Mei bergurau. Dhiya tertawa.

“Memanglah aku jadi isteri orang. Takkan binatang pula.” Mei menggeleng sambil tersenyum. Tiba-tiba pintu diketuk. Dhiya memberi arahan masuk.

“Dhiya, Mei.” terpencul muka Daniel di daun pintu.

“Hmm?” Dhiya menoleh. Mei pula masih sibuk membetulkan itu dan ini pada tudung dan pakaian pengantin Dhiya.

“Aku nak pergi somewhere. Rasanya sempat kut sementara pengantin lelaki sampai.” Daniel menilik jam tangannya.

“Okey, aku ikut. Nanti, aku panggilkan kawan kau untuk teman kau.” Mei mencapai telefon bimbitnya di atas meja solek. Dhiya mengangguk. Tanpa berlengah, Mei menuju ke pintu. Dia dan Daniel keluar bersama.

“Kau nak beli apa?” Mei bersuara memecahkan sepi.

“Aku nak beli hadiah untuk Dhiya. Lupa nak beli awal.” Daniel tersengih.

“Apa yang kau nak hadiahkan?”

“Maybe sejadah and telekung. Apa yang kau beli untuk Dhiya?” Daniel pula menyoal.

“Al-Quran.” Mei menjawab ringkas. Tiba-tiba telefon Daniel berdering, menandakan ada mesej yang masuk. Daniel meminta Mei untuk membacakan.

“Dhiya kata cepat sikit. Pihak lelaki dah nak sampai. Dia nak abang kesayangan dia ni ada sekali.” Mei memberitahu kemudiannya tertawa dengan ayat Dhiya. Daniel juga ikut tertawa.

“Sini, aku nak baca. Apalah.” Daniel mengambil telefonnya dari tangan Mei. Daniel turut tertawa.

“Daniel!” Mei menjerit. Daniel terkejut. Dia hampir merempuh truk di hadapan dan akhirnya dia tidak sempat menekan brek. Kepala mereka terhantuk kuat. Dumm! Dua kenderaan kemalangan.

“Uhuk-uhuk…” Mei terbatuk-batuk. Dia memegang kepalanya. Sakit. Ada cecair hangat dan berwarna merah di situ. Darah. Mei memandang ke kanan. Daniel masih sedar tetapi kelihatan seperti sukar bernafas.

“Daniel…” dengan payahnya Mei turun dari kereta. Dia ke pintu pemandu dan membukanya, memberi udara kepada Daniel.

“Mei…” Daniel seperti sudah tidak dapat menanggung kesakitan. Dia jatuh dari kerusi pemandu dan berlutut di hadapan Mei yang juga sedang berlutut. Orang ramai mula mengelilingi.

“Daniel, bertahan. Ingat Allah.” Mei memujuk di samping mengingatkan Daniel. Daniel tersenyum.

“Aku nak pergi jauh. Kirim salam pada adik-adik aku, ya? Ucapkan tahniah dan maaf pada Dhiya. Hadiah yang aku dapat beri sekarang hanyalah sayang. Beritahu pada Dhiya yang aku sayang dia. Ya?”

“Daniel, bawa mengucap…” Mei memegang bahu Daniel.

“Aku pergi dulu. Uhibbukafillah. Aku sayang kau. Jumpa di syurga, In sha ALLAH.” Daniel seperti sedang bertarung. Bertarung dengan sakratul maut. Daniel perlahan-lahan mengucap. Dia akhirnya menutup mata di bahu Mei.

“Daniel! Daniel! Jangan tinggalkan aku. Daniel!” Mei menjerit. Air matanya mengalir.

“Aku nak pergi somewhere.”

“Aku nak pergi jauh.”

“Kirim salam pada adik-adik aku, ya?”

“Ucapkan tahniah dan maaf pada Dhiya.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience