BAB 1

Family Completed 4712

“Kau nak apa?’’ Apa kau cakap tadi?’’ Mel terkejut.

“Aku merayu sangat. Tolonglah aku kali ni. Kali ni je. Bolehlah, Mei?” Adie menggenggam tangan Mei.

Mei menarik nafas dalam dan menghelanya perlahan. “No.” kata putus diberikan.

Mei bangun, ingin berlalu dari situ.

“Kau dah tak sayang pada aku ke?” Adie bangun, menghadap Mei yang membelakanginya.

Mei menoleh. “Siapa kau untuk aku sayang?”

Dia kemudiannya berlalu dari situ. Adie terduduk semula. Tidak percaya dengan kata-kata seorang perempuan bernama Mei.

"Kau ingat aku nak lepaskan dia macam tu je? Jangan harap. Sesaat pun aku tak lupakan dia. Kata-kata dia. Perbuatan dia." lelaki itu mengepal penumbuk.

"Habis tu, kau nak buat apa sekarang?" rakannya bertanya. "Just wait and see." sinis.

"Mei, now? Tolonglah aku, Mei." Adie masih merayu. Sudah lebih setengah jam dia begitu. Berdiri di hadapan Mei yang langsung tidak mendongak memandangnya. Mei mencebik.

"Aku tak minat."

"Kau akan minat juga nanti. Percayalah, Mei. Percayalah. Kitakan dah lama kenal. Takkanlah kau tak percayakan aku." Mei menggeleng.

"Tak. Sikit pun aku tak percayakan kau."

"Then, kau nak biarkan je benda ni tergantung? Kau tak kesiankan aku ke, Mei? Aku juga yang tanggung malu nanti."

"Kalau tadi aku cakap aku tak sayang kau apatah lagi sekarang. Aku tak kesiankan kau sikit pun." Mei bangun dari duduknya.

"Kau tak nak balas budi ibu?" Adie menyoal. Langkah Mei terhenti. Mulutnya terkunci. Dia hilang bicara. Hatinya terusik. Hanya kerana sepatah perkataan. Tiga huruf. Tanpa ayat. Ibu.

"Kau jangan nak mulakan. Kau sengaja nak aku rasa bersalah, kan? Betul tak? Hah?" Mei menengking. Dia mendekati Adie. Adie tidak gentar dengan tengkingan Mei. Bibirnya sedikit tersenyum. Sinis.

"Kau dah lupa apa yang ibu buat? Kau lupa semua tu? Kalau tak ibu aku yang kutip kau tepi jalan, kau takkan ada dalam rumah ni! Kau takkan rasa kasih sayang seorang ibu! Dan kau..." Adie terhenti. Nafas ditarik.

"Kau takkan hidup sekarang kalau kau tak diambil oleh ibu aku dan kau takkan tahu betapa kasihnya ibu aku menyusukan kau dulu!" Mei didekati lagi. Adie menghembuskan nafas.

"Kau memang tak kenang budi. Aku, abang susuan kau dan kau tak nak tolong aku? Kau pernah kata pada aku tentang ibu dulu kan? Kau tak ingat?"

"Mei, aku nak tanya." Adie mengambil tempat di sebelah Mei.

"Hmm?" "Kau sayang pada ibu tak?"

"Gila tak sayang. Aku akan buat apa saja untuk balas jasa baik dia yang ambil aku sebagai anak susuan dia. Eh, susahlah nak cakap macam ni. Yang aku tahu, satu je. Aku nak balas segala budi baik dia pada aku. Kenapa kau tanya?" Mei menyoal semula. Adie sekadar menggeleng.Mei terdiam lagi. Dia masih ingat bicaranya dahulu.

"Aku tahu kau masih ingat. Kau takkan lupa kata-kata berharga tu. Aku kenal orang macam kau." Adie merenung tajam anak mata Mei.

"Ya, memang aku ingat. Tapi aku tak nak ingat lagi." Mei mengangkat kaki pergi. Adie mengetap bibir. Geram.

Ini... KUOTA KASIH. Boleh jadi kita mula mengasihi sesuatu tetapi jika sudah ditakdirkan untuk KUOTA KASIH itu tamat... Semuanya bakal berakhir.

"Kau betul ke ni?"

"Muka aku ni memang nampak macam main-main ke?" "Tak adalah tapi, ah, susahlah cakap dengan orang psiko macam kau."

"Diamlah. Pergi main jauh-jauh."

"Fine, apa plan kau. Bagitahu aku. Cepat."

"I'm going to kidnapped her. Huh." lelaki itu tersenyum sinis.Mei bersandar. Nafas dihela. Tidak tahu apa yang patut dilakukan.

"Kau tak nak balas budi ibu?"

"Kau dah lupa apa yang ibu buat? Kau lupa semua tu? Kalau tak ibu aku yang kutip kau tepi jalan, kau takkan ada dalam rumah ni! Kau takkan rasa kasih sayang seorang ibu! Dan kau..."

"Kau takkan hidup sekarang kalau kau tak diambil oleh ibu aku dan kau takkan tahu betapa kasihnya ibu aku menyusukan kau dulu!"

"Kau memang tak kenang budi. Aku, abang susuan kau dan kau tak nak tolong aku? Kau pernah kata pada aku tentang ibu dulu kan? Kau tak ingat?"

"Arggghhhh!" Mei menjerit. Kepalanya serabut. Dia seolah-olah berdendam pada ibunya biarpun ibu itulah yang mengambilnya menjadi anak susuan. Adie melihat dari dalam. Matanya tidak berhenti merenung Mei yang membelakanginya.

"Aku tahu ibu dah tiada. Tapi itu tak bermakna kau boleh khianat ibu macam tu." Adie mengetap bibir.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience