BAB 6

Family Completed 4712

“Dia buang Mei sebab dia kahwin lari. Dia tak nak datuk kamu tahu yang dia dah kahwin. Sebenarnya, dia memang buang Mei tapi bukan tepi jalan. Dia bagi pada ibu secara senyap.”

“Apa yang dia ugutkan?”

“Dia ugut yang dia akan kata pada datuk kamu ibu ada lelaki lain selain ayah.”

“Betul ke ibu ada lelaki lain selain ayah? Kalau tak betul, apa yang perlu ibu takutkan?”

“Ibu memang ada contact dengan lelaki lain. Tapi lelaki tu adik angkat ibu. Hmm, ibu cemas dengan ugutan adik ibu sebab kamu tahulah datuk kamu tu. Kalau dia dapat tahu yang ibu ada adik angkat, mahunya lebam satu badan ibu. Kamu pun pernah kena, kan? Itulah sebabnya ibu setuju untuk ambil Mei sebagai anak susuan.”

Air mata Mei mengalir. Dia terkejut dengan kata-kata Ibu Ibunya terpaksa menjaga dirinya kerana ugutan seorang adik? Mei benci dengan ibu susuannya. Tambahan, mengapa Ibu sanggup mereka cerita tentang dirinya yang dibuang di tepi jalan? Terlalu hinakah dirinya? Dia masih manusia biasa yang berkesempatan melihat dunia dari hubungan yang halal biarpun digelar 'kahwin lari.'

Dengan pantas Mei berlalu ke biliknya. Tekaknya sudah tidak haus selepas mendengar bicara Ibu dan Dhiya.Daniel terdiam. Tidak percaya.

“Puas hati kau sekarang? Puas?” Mei pula mengamuk sambil air matanya mengalir perlahan ke pipi. Daniel mendekati Mei. Bahu Mei ditolak ke dinding.

“Kau ingat aku nak percaya? Ibu aku tak macam tulah!” matanya merah menanggung amarah.

“Kau tanya dan aku jawab. Untuk apa aku menipu?” Mei diam sejenak. Air mata deras menurun ke pipi.

“Aku benci ibu. Aku tak percaya yang dia sanggup buat aku macam ni. Dia tak ikhlas jaga aku. Dia tak rela susukan aku. Aku mati-matian ingat dia sayangkan aku. Aku benci ibu… Aku benci…” Mei menumbuk-numbuk perlahan bahu Daniel.

Dia menurunkan kepalanya dan menangis di bahu Daniel. Daniel tidak berani bersuara. Dia lemah kini. Dia lemah dengan kata-kata seorang perempuan bernama Mei. Air mata turut mengalir perlahan di pipinya. Dia membiarkan saja Mei menangis dan menumbuk bahunya.

KUOTA KEMARAHAN kini beransur pulih. Boleh jadi KUOTA KASIHAN yang langsung tidak wujud, bangkit menjengah. Dan itu... Tidak mustahil.

Adie menghempaskan punggung dengan perlahan di atas sofa. Sampul cokat yang diberi Inspektor Aqmal dibuka perlahan. Hatinya berdebar. Siapakah mangsa si penculik? Kanak-kanak atau dewasa? Perempuan atau lelaki? Semua menjadi persoalan di benak pemikiran kini. Sekeping gambar diambil. Hatinya semakin berkocak hebat. Siapakah pemilik gambar tersebut?

"Mei?!" Adie terkejut bukan kepalang. Dia langung tidak menduga. Dengan segera, nombor Dhiya didail. Dia hairan. Dhiya bencikan Mei tetapi melaporkan tentang kes penculikan Mei pada Inspektor Aqmal. Adakah Dhiya tahu siapa penculiknya?

“Kenapa kau call aku?” Dhiya bertanya. Adie diam sebentar.

“Aku dah tahu.” Adie bersuara.

“Apa? Tahu apa?”

“Aku dah tahu yang kau laporkan kes penculikan Mei pada Inspektor Aqmal. Kenapa kau buat semua ni sedangkan kau benci sangat dengan Mei? Kau tahu siapa yang culik Mei?” Adie bertanya melulu.

“Aku laporkan pada Inspektor Aqmal sebab aku nak tebus kesalahan aku. Aku dah janji dengan Inspektor Aqmal tapi aku tak dapat tunaikan. Hidup aku jadi tak tenang. Sebab tu aku laporkan kes penculikan Mei pada Inspektor Aqmal. Aku nak kau tahu satu lagi. Hanya kau dan Inspektor Aqmal yang tahu perkara ni.”

“Sebab kau rasa bersalah tak tunaikan janji?”

“Ya, sebab aku rasa bersalah.”

“Tapi kau…”

“Hmm, aku memang bencikan Mei. Sebab tu aku suruh Daniel culik Mei. Untuk balas dendam bagi pihak kita.” Dhiya berterus terang.

“Hah? Kau yang rancang semua ni?” yang pastinya, Adie terkejut. “Hmm.” itu saja yang dibalas Dhiya.

“Wei, kau gila ke? Kau plan semua ni lepas tu kau laporkan pada Inspektor Aqmal? Kau memang nak masuk penjara ke?”

“Inspektor Aqmal tahu tujuan sebenar aku. Kau lupa ke?”

“Apa yang aku lupa?”

“Inspektor Aqmal…” Dhiya diam buat beberapa saat. Adie menunggu. Kemudian, Dhiya menyambung semula bicara.

“Abang kita. Dia pun geram dengan Mei. Sama macam mana kita geram.” Adie lebih terkejut. Dia mahu pitam.

Dhiya merenung ke luar jendela. Dia pasti dengan keputusannya. Dia tahu apa yang dia lakukan kini.

“Bila kita nak bertolak?” Inspektor Aqmal mendekati Dhiya yang duduk di sofa.

“Sekarang. Jom?” Dhiya berdiri. Inspektor Aqmal juga.

“Kau pasti ke ni?” Inspektor Aqmal menyoal Dhiya, meminta kepastian. Dhiya mengangguk. Kemudian, mereka sama-sama keluar.Adie berjalan-jalan sambil menggenggam telefonnya. Dia seperti orang yang tiada arah tuju. Ke hulu dan ke hilir. Entah apa yang difikirkan.

“Nak ke tak nak? Nak ke tak nak? Hish, susahlah. Nak ke tak nak ni?” Adie berbicara sendiri. Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering, menandakan ada panggilan yang masuk.

“Hmm.” Adie menyahut.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience