BAB 10

Family Completed 4712

“Hadiah yang aku dapat beri sekarang hanyalah sayang.”

“Beritahu pada Dhiya yang aku sayang dia.”

“Aku pergi dulu.”

“Uhibbukafillah.”

“Aku sayang kau.”

“Jumpa di syurga, In sha ALLAH.”

Itulah bait-bait terakhir yang diucapkan Daniel. Namun dia sedar, tiada gunanya lagi untuk dia meraung, meratapi pemergian Daniel. Daniel sudah kembali pada Pencipta dan siapalah dia untuk mempertikaikannya.

“Aku harap kau bahagia di sana. Aku redha. Maafkan aku.” bunyi siren polis dan siren ambulans kedengaran.

Air mata Mei masih mengalir. Dia sayang akan Daniel tetapi dia redha kerana Daniel juga ciptaan Yang Esa. Dan ini KUOTA KEHIDUPAN. Dendam. Pengkhianatan. Kasih sayang. Cinta. Ajal. Semua ini terjadi pada setiap manusia. Kita tidak boleh dan tidak pernah boleh lari dari kematian. Setiap yang hidup pasti akan mati. Itulah kehebatan Sang Pencipta.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience