BAB 7

Family Completed 4712

“Adie, lagi lima minit aku ambil kau. Siap cepat. Aku datang dengan Inspektor Aqmal. Lima minit je. Lima minit.” Dhiya memutuskan panggilan. Adie terpinga-pinga. Matanya tertoleh pada jam dinding. Jam menunjukkan pukul 2.30 petang. Dan Dhiya serta Inspektor Aqmal akan mengambilnya dalam masa lima minit. Lima minit. Adie tidak tahu apa yang patut dibuat. Dia kebingungan.

Seminit kemudian, baru dia tersedar. Kini, dia hanya mempunyai empat minit untuk bersiap. Empat minit.

“Ahh…” Adie merungut. Kaki diatur laju ke bilik untuk bersiap. Tiga minit kemudian, kedengaran seperti ada kereta yang menekan hon di luar. Adie mencebik. Dhiya memang begitu. Akan sampai seminit sebelum masa yang dijanjikan.

“Adie cepatlah!” Dhiya menjerit dari luar. Adie merengus.

“Yalah, kejap!” Adie juga menjerit. Dia tidak pasti sama ada Dhiya mendengar atau tidak. Adie keluar setelah dia berpuas hati dengan penampilannya yang ringkas. Seusai mengunci pintu rumah dan pagar, Adie melihat Dhiya memeluk tubuh di tepi kereta.

“Eii, bersiap mengalahkan perempuan. Cepatlah, duduk bahagian depan.” Dhiya membebel sambil membukakan pintu hadapan untuk Adie. Adie melangkah masuk.

“Aku tak sangka ibu macam ni.” Daniel memberi respons. Dia membuka ikatan di tangan Mei.

“Kalau kau cakap macam tu, aku apatah lagi.” suara Mei serak.

“Kenapa kau nak rahsiakan yang kau ada di rumah waktu aku ada?” Mei bertanya.

“Kan aku cakap, aku nak tengok sejauh mana permainan kau. Tapi tak sangka ibu cakap macam tu. Kau tak tipu, kan?” Daniel menduga. Mei menghela nafas pendek.

“Aku pun pernah cakap, untuk apa aku harus menipu? Apa yang aku dapat kalau aku menipu? Aku cuma nak cakap benar, bukannya meburukkan ibu. Maafkan aku.” Daniel menghulur tangan.

“Aku pun. Sorry sebab dah culik dan seksa kau.”

“Aku tahu, kau buat bersebab. Kalau kau tak culik aku, sampai sekarang kau tak tahu perkara sebenar. Kan?” Mei menyambut huluran Daniel. Daniel mengangguk.

“By the way, siapa nama kau?” Mei bertanya lagi. Daniel melepaskan tangannya.

“Daniel.” ringkas.Susana kekok. Tiada seorang pun yang mahu bersuara. Satu minit. Dua minit. Tiga minit. Empat minit. Lima minit. Enam minit. Tujuh minit.

“Dhiya dah jelaskan semuanya, kan?” Inspektor Aqmal bersuara, memecahkan keheningan petang.

“Hmm.” Itu sahaja yang dibalas Adie.

“Wei, kau dah tahu ke belum destinasi kita?” Dhiya menepuk bahu Adie dari belakang.

“Tak.”

“Kita nak pergi jumpa Daniel dan Mei.” Inspektor Aqmal menerangkan. Adie terlopong.

“Bila aku boleh keluar dari sini?” Mei menyoal. Daniel menjungkit bahu.

“Bila-bila.”

“Betul-betullah.” Mei cemberut.

“Betul-betullah ni. Apa yang salahnya?”

“Hish, apa-apa jelah. Aku nak mandi. Ada tandas tak kat sini?”

“Ada. Belakang tu. Tapi kau ada baju tukar?”

“Memang taklah. Kau culik aku time aku sehelai sepinggang. Aku tukar balik baju ni je. Janji dapat basuh badan.” Mei bangun. Sebelum membuka pintu, dia berhenti dan menoleh ke belakang semula.

“Ada tuala tak? Sabun? Syampu? Pencuci muka? Berus dan ubat gigi?” Mei bertanya melulu. Daniel mengerutkan dahi.

“Wei, ini tempat penculikan. Mana ada benda-benda macam tu. Kau mandi ala kadar jelah. Janji dapat basuh badan.” Daniel memerli. Mei mencebik dan ke tandas belakang.

“Kenapa aku boleh lupa yang kau abang aku?” Adie bertanya.

“Sebab aku tak nak kau ingat. Lagipun, kau lupa, ke? Aqmal yang dulu seorang yang selekeh, selalu berpakaian T-shirt dan seluar trek biasa. Tapi Aqmal sekarang adalah seorang yang, boleh dikatakan kemas, kacak, berkot dan bercermin mata. Huh.” Aqmal menjawab sambil tersenyum bangga dengan penampilan diri sendiri.

“Eleh, puji diri sendiri pula. Tapi, Dhiya dan Daniel tahu. Kenapa aku tak tahu?” Aqmal menghembus nafas.

“Dhiya pun baru dapat tahu. Sejak dia balik Malaysia. Daniel, dia dapat tahu lepas aku dan Dhiya suruh dia culik Mei bagi pihak kita.”

“Bila kau balik Malaysia, Dhiya?” Adie bertanya lagi. Musykil.

“Lapan hari yang lepas.” pendek jawapan Dhiya.

“Tapi, kau tak rasa bersalah ke, Aqmal? Kau kan inspektor, bekerja dengan polis. Kalau polis dapat tahu, kau tak takut masuk penjara?” Adie memandang Aqmal yang khusyuk memandu kereta ke lorong kecil.

“Tak. Ini hal peribadi. Penyelesaian masalah antara adik beradik. Polis tak ada hak untuk masuk campur. Kalau aku tak rancang dengan Dhiya untuk minta Daniel culik Mei, sampai sekarang Mei tak akan mohon maaf. Dan sekarang, kita ke sana untuk menuntut maaf dari dia.”

“Kaulah dalang semua ni? Kau yang rancang?” Adie terkejut. Sangkanya ini semua rancangan Dhiya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience