BAB 5

Family Completed 4712

“Hmm.” itu sahaja yang dibalas Daniel. Bunyi kereta seperti kedengaran di luar rumah. Daniel dan Ibu seperti mengetahui siapa yang pulang.

“Hah, adik-adik Daniel dah balik agaknya. Nak pergi nyorok tak ni?” Ibu bertanya. Daniel mengangguk laju.

“Nak. Daniel masuk dulu tau. Nanti ibu tolong hantarkan hot chocolate , eh? Tata, bu.” Daniel melambai. Pinggangnya dicubit lagi oleh Ibu. Daniel berlari pantas ke bilik belakang. Dia geram. Dia tidak percaya dengan kata-kata Ibu.

“Ibu tipu. Ibu lebih sayangkan Mei daripada Daniel, Adie dan Dhiya, kan?” amarah Daniel mengundang.Daniel merenung Mei tajam. Mei seakan tidak percaya.

“Aku dah jawab semua soalan kau. Now, it’s your turn. Answer me.” Daniel senyum sinis. Topi dibetulkan. Dia berjalan-jalan di hadapan Mei. Gayanya seperti seorang polis sedang bersoal-jawab dengan seorang pesalah.

“Apa?” Mei bertanya.

“Kau… Kenapa kau betrayed ibu aku?” Daniel mencangkung semula. Matanya serius. Mei diam. Dia tidak mahu menjawab pertanyaan Daniel.

“Aku cakap, answer me!” Daniel bangun. Meradang. Kerusi di hadapan, ditendang. Mei terkejut. Bahunya terangkat sedikit, kesan daripada amukan Daniel. Mei bertambah gerun. Daniel semakin menakutkan.

Telefon berdering. Adie mengangkat dengan rasa malas.

“Apa?” marah.

“Assalammualaikum. Saya, Inspektor Aqmal. Boleh kita berjumpa?” Adie terkejut. Matanya terbuka luas.

“Wa… waalaikummussalam. Err, Ispektor. Bukan kita janji untuk berjumpa esok, ke?”

“Ya, betul. Tapi perjumpaan yang saya minta untuk hari ini, bukan tentang janji Cik Dhiya.” Inspektor Aqmal menerangkan.

“Jadi, tentang apa?”

“Boleh kita berjumpa? Jam tiga petang di Suria Café.” Inspektor Aqmal menyoal lagi. Adie meneguk liur.

“Okey.” talian terus dimatikan. Pelbagai persoalan bermain di mindanya kini.Inspektor Aqmal melambai-lambaikan tangannya. Dia sudah lihat Adie dari jauh. Adie bergegas menuju ke meja yang menempatkan Inspektor Aqmal.

“Assalammualaikum.” Inspektor Aqmal berdiri. Menghulurkan tangan.

“Waalaikummussalam.” Adie menyambut huluran Inspektor Aqmal. Mereka duduk.

“Saya nak minta tolong.” Inspektor Aqmal memulakan perbualan. Adie mengangkat kening sebelah, isyarat ‘apa?’.

“Macam ni, tentang janji Cik Dhiya, kita tangguhkan dulu.”

Inspektor Aqmal diam sejenak. Adie menghembus nafas lega. Tetapi dirinya tetap diburu rasa suspen dengan bicara Inspektor Aqmal.

“Sebagai orang kanan pihak penyiasat, saya nak Encik Adie siasat satu kes.” Inspektor Aqmal menghulurkan sekeping sampul berwarna coklat. Adie mengambil.

“Saya, orang kanan? Bila saya dinaikkan pangkat?” Adie hairan. Setahunya, pangkatnya dan Dhiya, sama sahaja, menjadi penyiasat yang menguruskan kes-kes agak ringan.

“Ya, awak telah dinaikkan pangkat, Inspektor Adie. Pangkat Inspektor Adie kini sama dengan pangkat saya.”

“Hah?” Adie terkejut. Dia seperti tidak percaya.

“Ya, betul. Sekarang ni, Inspektor Adie telah diberi tugas untuk menyiasat satu kes berkenaan dengan penculikan. Di dalam sampul surat tu, ada maklumat yang lebih detail berkenaan mangsa. Gambarnya juga ada sekali di situ.” Inspektor Aqmal menerangkan lagi.

“Penculikan?” Adie bertanya. Inspektor Aqmal mengangguk.

“Boleh saya tahu, siapa yang melaporkan kes penculikan ni?” Adie menyoal lagi.

“Cik Dhiya.” Inspektor Aqmal memberitahu. Adie terlopong.

“Baik kau jawab, kenapa kau betrayed ibu aku? Kenapa kau seolah-olah berdendam dengan dia walaupun dia yang ambil kau jadi anak susuan?” Daniel cuba menenangkan diri sendiri tetapi dia juga tidak mampu. Perempuan di hadapan matanya ini sungguh mencabar dirinya.

“Aku takkan bagitahu.” Mei kini berdiri. Dia bertegas. Berani walaupun agak gerun.

“Hei!” Daniel mendekati Mei. Bahu Mei ditolak kuat sehingga kepala Mei terhentak pada dinding. Nafas Daniel turun naik. Matanya merenung mata Mei yang sedang ketakukan.

“Aku cakap elok-elok, kan? Jangan sampai aku bertindak lebih kasar. Aku tahu perjalanan hidup kau masih jauh. Kau mesti tak nak mati cepat. Betul tak?” Daniel menduga. Mei mengetap gigi. Takut.

“Fine! Tapi kau kena lepaskan aku dulu.” Mei membuat keputusan. Daniel diam. Secara perlahan, tangannya diturunkan. Dia cuba untuk bernafas dengan tenang. Mei turut melakukan perkara yang sama.Mei ingin melangkah ke dapur. Tekaknya haus. Ketika kakinya melangkah ke dapur, dia terdengar perbualan antara ibu dan adiknya susuannya, Dhiya.

“Ibu terpaksa buat ini semua, Dhiya. Adik ibu yang buang dia. Ibu bukannya rela ambil dan susukan dia. Adik ibu ugut ibu.” Ibu bersuara. Mei terkejut. Kedengaran pula suara Dhiya.

“Ya ke, ibu? Tapi kenapa adik ibu buang Mei? Dan kenapa dia ugut ibu?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience