BAB 3

Family Completed 4712

“Lepas aje kau lari dari Malaysia, semua yang jadi dalam hidup aku tak kena. Kenapa kau buat macam ni, Dhiya? Kenapa kau buat janji pada Inspektor Aqmal tapi kau tak boleh tunaikan? Kenapa tiba-tiba kau lari dari Malaysia? Kau nak dera mental dan fizikal abang kau sendiri ke? Hah? Aku dah tak larat, Dhiya. Lusa, Inspektor Aqmal nak aku tunaikan janji kau.

Kau rasa, best tak jadi aku? Kau bikin masalah, aku yang kena tanggung. Kau tahukan, sebagai penyiasat, kau kena buat kerja dengan penuh amanah dan tanggungjawab. Now, mana tanggungjawab kau pergi? Mana? Aku dah penat, Dhiya. Aku nak kau balik Malaysia hari ni juga. Tak kisahlah apa alasan kau lagi. Aku nak kau balik juga. Kalau tak…”

“Kalau tak apa? Look, aku takkan balik Malaysia. Cukuplah apa yang Mei dah buat kat ibu dulu. Aku takkan balik Malaysia dan aku takkan jejak lagi kaki ke rumah tu. Sebab? Sebab Mei dah ambil tempat aku dan sekarang, aku dah hilang ibu, Adie. Aku dah hilang ibu sebab perempuan tak guna tu!” Dhiya memotong bicara Adie. Dia menengking dari dalam talian.

“Huh, kau nak tahu tak? Mei dah kena culik pun. Dan aku takkan selamatkan dia. Puas hati kau lepas dengar yang aku takkan selamatkan dia? Now, aku nak putuskan talian.” Adie memutuskan talian. Telefon dicampak ke tepi. Mukanya merah menanggung marah.

“Arggghhh! Mei, aku dah gila sebab kau!” Adie meradang.

KUOTA KEBENCIAN. KUOTA SAYANG sudah tamat. Kini, KUOTA KEBENCIAN bakal menguasai.

“Sampai bila kau nak seksa aku macam ni? Kau siapa? Kita kenal ke? Aku tak rasa pernah jumpa kau. Apa fungsi kau…”

“Shut up!” Daniel marah. Mei diam. Terkejut. Daniel mencangkung di hadapan Mei. Topi dibetulkan. Sesuatu dikeluarkan dari dalam poket baju sejuknya.

“Kau nampak ni?” Daniel mengetap gigi. Matanya merah.

“Ibu? Ibu aku! Macam mana kau dapat gambar ibu aku?” Mai menengking.

“Ibu kau? Siapa kata dia ibu kau? Boleh pula kau mengaku dia ibu kau, kan? Huh, dia kutip kau tepi jalan dan kau dah khianat dia. Kau bunuh dia!” Daniel pula menengking.

“Macam… macam mana kau…”

“Macam mana aku tahu? Huh.” sinis.

“Kenapa ibu sayang sangat pada Mei?” Dhiya seperti marah. Ibunya seolah-olah melebihkan anak susuan daripada anak kandung. Perkara itu sangat terkesan dalam hati Dhiya kerana sejak kematian ayahnya, dialah yang paling manja di kalangan adik-beradik.

“Mana ada. Ibu sayang Mei, sama macam ibu sayang Dhiya dan anak-anak ibu. Kasih sayang ibu takkan berbelah bahagi, Dhiya. Dhiya tetap anak ibu dan ibu akan sayang Dhiya sebagai seorang anak. Dhiya kan memang anak kandung ibu.” pipi Dhiya diusap Ibu.

“Tak, ibu tipu. Ibu sebenarnya lebih sayangkan Mei daripada Dhiya, kan? Ibu, Mei cuma anak susuan tapi Dhiya ni anak ibu. Anak kandung ibu.” Dhiya memberontak.

“Dhiya, ibu…” “Ibu!” Mei memanggil ibunya, memotong bicara Ibu.

“Ya, Mei? Kenapa?” Ibu tersenyum. Dhiya hanya merenung tajam.

“Kertas A4 dah habis. Mei kena print something. Macam mana, ibu? Kalau nak keluar beli pun, Mei tak reti drive.”

“Biar ibu beli sekejap. Mei tunggu di rumah. Okey?” Ibu sedia mahu melangkah tetapi tangannya ditarik oleh Mei.

“Mei temankanlah. Sian ibu pergi sorang-sorang.” Mei memberi cadangan.

“Tak perlulah. Mei tunggu di rumah dengan Dhiya dan Adie. Nanti, anak sulung ibu nak balik dari oversea. Mei bolehlah kenal dengan dia.”

“Siapa, ibu?” Mei menyoal. Tidak pernah dia tahu bahawa Ibu mempunyai seorang lagi anak selain Adie dan Dhiya.

“Adalah. Okey, ibu pergi dulu. Assalammualaikum.” Ibu menghulurkan tangan. Mei bersalaman dengan ibunya. Dhiya turut melakukan perkara yang sama. Sebaik sahaja ibu keluar, Dhiya mendekati Mei.

“Mei! Kau tak payah nak manja sangat dengan ibu aku boleh tak? Sedar diri sikitlah. Ibu aku tetap ibu aku. Aku takkan mengaku kau sebagai kakak susuan aku. Dahlah dikutip tepi jalan, ada hati nak bermanja dengan ibu aku.” Dhiya sinis.

“Apa kau ni. Mana ada aku bermanja dengan ibu kau." Dhiya didekati. Bahunya dipegang.

“Ibu sayang kita semua sama je. Dia tak lebihkan aku daripada kau pun. Percayalah.”

“Kau ingat, dengan pujuk aku macam ni, hati aku akan lembut? No way!” Dhiya melepaskan tangan Mei dari bahunya. Kaki dihentak-hentak ke bilik lalu pintu bilik dihempas kuat. Mei hanya mampu menghela nafas. Beberapa puluh minit kemudian, telefon rumah berdering. Adie keluar dari biliknya lalu menjawab panggilan tersebut.

“Hah?” Adie menjerit. Gagang telefon dihentak kuat. Adie menuju ke arah Mei. Tangan Mei ditarik. Kemudian, dia menjerit memanggil Dhiya.

“Kenapa?” Dhiya keluar dari bilik. Tangan Dhiya ditarik sama.

“Jom, pergi hospital. Ibu kemalangan.” Adie cemas. Mei dan Dhiya sama-sama terkejut.

“Cepatlah gerak!” Adie memberi arahan. Mei dan Dhiya diheret agar keluar segera. Sesampai sahaja di hospital, mereka hanya dibenarkan tunggu di luar bilik pembedahan kerana Ibu sedang dibedah. Mei, Adie dan Dhiya sama-sama termenung di luar bilik pembedahan. Sejam selepas itu, kelihatan seperti seorang doktor keluar dari bilik bedah. Mei, Adie dan Dhiya bangun mendapatkan doktor.

“Doktor, macam mana dengan ibu saya?” Adie menyoal cemas. Doktor di hadapan menghela nafas perlahan, menimbulkan suspen di kalangan mereka.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience