BAB 8

Family Completed 4712

“Ya, memang Aqmal yang rancang tapi aku yang mulakan. Aku suruh Aqmal balas dendam bagi pihak kita. Dan Aqmal rancangkan untuk culik Mei. Dia pasti yang Mei akan minta maaf jadi kita akan lega. Aku confirm yang Daniel akan ikut cakap kita sebab tulah Aqmal cadangkan suruh Daniel yang culik Mei. Dia lebih bijak dalam hal ni.” Dhiya menerangkan.

“Sekarang aku faham. Tapi aku ada satu soalan je lagi.” Adie mengangguk-ngangguk.

“Apa?” Aqmal dan Dhiya bertanya serentak.

“Kenapa kau tak ada waktu ibu meninggal? Kau pergi mana waktu tu?”

“Soalan kau dah jadi dua. Tadi kata satu.” Aqmal bermain tarik tali. Adie mencebik.

“Aku ada je waktu ibu meninggal dan dikebumikan. Tapi, korang tak nampak aku sebab aku sembunyi.” Aqmal memberitahu.

“Waktu ibu masih ada, kau tinggal di mana? Kau tak jumpa ibu buat kali terakhir?” Adie bertanya lagi. Aqmal memandang ke kiri, mencebik pada Adie.

“Aku takkan jawab. Tadi kata satu je. Menipu.”

“Cepatlah, aku nak jawapan sebelum sampai. Tak adalah benda ni jadi hantu dalam kepala aku.”

“Aku tinggal dengan kawan aku dan ke tempat kerja dengan dia. Sebenarnya, sekali sekala aku jenguk ibu. Ibu tahu yang aku anak dia waktu tu tapi korang je yang lupa aku anak kedua dalam rumah tu. Aku larikan diri lepas ayah meninggal. Aku tak sanggup nak duduk di tempat yang ada orang terlalu manja dengan ibu. Bernanah mata aku. Aku larikan diri bertahun tapi korang tak pernah nak cari aku. Sebab tulah korang lupa yang aku abang korang. Aku perhatikan kau berdua je dari jauh. Korang kan orang bawah aku kat tempat kerja. Time tu, aku tak sedia lagi nak bagitahu kepulangan aku.”

“Oh…” kini Adie mengerti semuanya. Tidaklah perkara itu menjadi tanda tanya di di dalam fikirannya.

“Yang sebenarnya… aku kemalangan sekali dengan ibu. Aku cuma tercedera. Patah tangan dan berdarah di kepala.” Aqmal menyambung. Adie terkejut. Dhiya juga. Aqmal tidak pula menceritakan perkara ini kepadanya.

“Aku saja tumpang kereta ibu sebab nak borak-borak. Tiba-tiba, ada truk belakang langgar. Ibu dan aku pengsan, tak sedarkan diri. Aku sedar aje, aku dah dalam hospital. Waktu tu, nurse tengah tukar air aku. Aku minta izin nak pergi jumpa ibu. Nurse tolong bawakan dan aku tengok ibu baru dibedah tapi dah tiada di muka bumi ni lagi. Aku menangis. Dan hari pengebumian ibu, aku lari dari hospital dan tengok ibu. Aku nak tolong angkat jenazah ibu tapi tangan kanan aku patah. Aku tak boleh buat apa-apa selain tengok dari jauh.” Adie dan Dhiya terangguk-angguk, mengerti.

“Masa borak, aku tanya ibu kenapa ibu keluar. Ibu jawab yang Mei perlu guna kertas A4. Lepas sedarkan diri di hospital dan jenguk ibu yang dah meninggal, aku berdendam dengan Mei yang dah bunuh ibu dan cederakan aku. Kalau Mei tak suruh ibu beli kertas A4, mesti ibu masih ada dan kita jumpa ibu sama-sama. Aku benci Mei. Dahlah tak minta maaf.” Aqmal menyambung lagi. Sepuluh minit kemudian, mereka sampai ke destinasi yang dituju. Dhiya keluar dahulu, kemudian Adie dan Aqmal keluar serentak.Pintu diketuk. Iqbal mahu menjenguk tetapi Daniel menghalang. Dia tahu siapa yang hadir. Daniel membuka pintu. Aqmal, Adie dan Dhiya ada di situ. Daniel memandang Aqmal. Sudah lama dia tidak melihat wajah itu. Bertahun-tahun lamanya sejak ayah meninggal. Tanpa menunggu lama, Aqmal memulakan langkah. Daniel dipeluk kuat. Daniel membalas pelukan tersebut.

“Aku rindu kau.” Daniel masih tidak mahu melepaskan pelukannya. Seperti kanak kanak yang sedang memeluk kaki seorang ibu.

“Kau ni, dari dulu sampai sekarang tak berubah. Manja. Aku yang muda setahun ni pun lagi matang. Apalah.” Aqmal membebel. Daniel melepaskan pelukannya.

“Aku tahulah aku tua setahun daripada kau tapi tak salahkan aku nak manja.” Daniel menumbuk lembut dada Aqmal. Aqmal tertawa sejenak.

“Mana Mei? Aku tak puas hati lagi dengan dia ni.” Aqmal melangkah masuk. Daniel menghela nafas panjang.

“Sebenarnya cerita dah jadi lain. Memang Mei dah minta maaf tapi aku pun minta maaf sekali lepas dengar cerita dia.” Daniel memberitahu. Aqmal menjungkit kening kiri. Adie dan Dhiya senyap di belakang.

“Cerita apa?” Aqmal bertanya. Tiba-tiba Mei datang. Dia memohon maaf daripada semua yang ada. Dia menceritakan perkara yang sebenar. Yang semestinya, Aqmal dan Adie terkejut. Tetapi tidak bagi Dhiya. Dia menunjukkan riak seperti sudah tahu.

“Betul ke Dhiya, ibu cakap macam tu?” Adie bertanya. Semua mata memandang Dhiya, menunggu jawapan. Mungkin juga Dhiya akan menggeleng, rancangan untuk mensabotaj Mei. Perkara yang tidak disangka, Dhiya mengangguk. Mereka yang ada lebih terkejut dengan jawapan Dhiya. Mei lega. Dia bersyukur kerana Dhiya jujur dan bercakap benar.

“Betul?” Aqmal pula bertanya, terkejut. Dhiya menganggukkan kepalanya.

“Thanks, Dhiya.” Mei berterima kasih. Dhiya mengangguk lagi.

“Sama-sama. Tak ada gunanya lagi untuk aku menipu. Tapi…” Dhiya berhenti seketika. Dia mendekati Mei dan memegang bahu Mei, lembut.

“Kau dengar tak habis. Sebenarnya,”

“Ibu memang ada contact dengan lelaki lain. Tapi lelaki tu adik angkat ibu. Hmm, ibu cemas dengan ugutan adik ibu sebab kamu tahulah datuk kamu tu. Kalau dia dapat tahu yang ibu ada adik angkat, mahunya lebam satu badan ibu. Kamu pun pernah kena, kan? Itulah sebabnya ibu setuju untuk ambil Mei sebagai anak susuan.” Ibu diam sejenak. Kemudian dia menyambung,

“Lepas fikirkan balik, ibu rasa ibu perlu ikhlas jaga Mei. Bukan sebab terpaksa. Baru ibu sedar, menjaga dan menyusu seorang anak yang tidak bersalah, banyak pahalanya. Rezeki pula melimpah ruah masuk ke dalam rumah kita. Betul tak?” Dhiya mengangguk. Tetapi, dia perlukan satu lagi penjelasan.

“Tadi, ibu bukan cakap yang ibu terpaksa jaga Mei ke? Kenapa tiba-tiba ibu cakap yang ibu ikhlas?” Dhiya musykil.

“Memang sebelum ni ibu rasa terpaksa. Tapi lepas ibu sedar, baru ibu tahu betapa hebatnya menjadi seorang ibu yang menyusu anak tidak bersalah. Besar rahmat tu, Dhiya.” Ibu memegang bahu Dhiya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience