BAB 4

Family Completed 4712

“Maafkan kami. Kami sudah cuba selamatkan Puan Addina tetapi ALLAH lebih sayangkannya. Bersabarlah. Semoga roh arwah dicucuri rahmat Ilahi. Saya pergi dulu. Assalammualaikum.”

“Hah?” Adie, Dhiya dan Mei berkata serentak. Terkejut dengan makluman doktor yang menyatakan ibu mereka telah kembali ke rahmatullah. Dhiya merenung tajam ke arah Mei yang masih tidak percaya. Dia meluru laju ke arah Mei. Pang! Satu tamparan hinggap di pipi Mei. Mei terjatuh.

“Kaulah penyebab ibu aku mati! Kaulah penyebabnya!” Dhiya meradang. Matanya merah. Air mata deras menurun ke pipi. Mei diam. Dia memegang pipi yang memerah. Adie mendapatkan Mei.

“Kalau bukan kau yang minta dia pergi kedai, dia takkan kemalangan! Dia takkan mati! Aku benci kau! Aku benci!” Dhiya melempiaskan kemarahannya habis-habisan.

Adie cuba menenangkan Dhiya tetapi ternyata tidak berjaya. Seorang jururawat datang menenangkan mereka. Selepas suasana sedikit tenang, Adie, Dhiya dan Mei pulang ke rumah.Air mata mula bertubir di mata Mei. Daniel bangun. Gigi diketap. Matanya merah menahan geram.

“Sekarang kau tahu kenapa aku culik kau? Hah? Aku benci kau, Mei! Kaulah penyebab utama ibu aku mati. Huh, mula-mula kau ambil tempat aku dan Dhiya. Kau bagi ibu aku makan apa sampaikan dia sayangkan kau lebih daripada aku dan Dhiya? Aku dan Dhiya anak kesayangan ibu! Tapi kau rampas semuanya! Lepas tu, kau bunuh ibu aku! Kenapa? Kenapa kau bunuh ibu aku? Kau memang nak dia mati cepat, kan?” Daniel mengamuk.

Kepala Mei disekeh. Pipi Mei ditampar. Dia tertoleh.

“Kau… kaulah anak sulung ibu? Aku… aku minta maaf. Tapi aku tak minta langsung ibu mati cepat. Aku tak bagi dia makan apa-apa agar dia sayang aku lebih. Aku tak tahu… aku tak tahu yang hari itu adalah hari ibu mati. Kalau aku tahu, aku takkan minta ibu pergi kedai.” Mei cuba memujuk. Air mata berlinangan di pipi.

“Huh, kau tahu tak, aku perhatikan kau je selama ni? Aku tunggu masa untuk bunuh kau macam mana kau bunuh ibu aku! Aku geram tengok kau manja dengan ibu. Aku geram tengok kau khianat ibu sekarang. Kenapa kau khianat ibu, Mei? Kenapa? Adie minta tolong kau gantikan Dhiya sebagai penyiasat sebab muka kau sama dengan Dhiya. Tapi, kenapa… kenapa kau tak nak tolong Adie? Kau memang nak tengok keluarga aku hancur, kan? Kau memang dah lama nak adik-adik aku merana, kan? Hah? Pengkhianat!”

Daniel menampar Mei lagi. Mei kesakitan. Dia tertoleh ke tepi. Mindanya teringat akan Dhiya yang pernah menamparnya di hospital beberapa tahun lepas.

“Aku bukan tak nak tolong Adie. Tapi aku tak minat dengan penyiasatan. Biarpun muka aku dan Dhiya sama, sikap kami tetap tak sama. Aku, aku dan Dhiya, Dhiya. Kalau Inspektor Aqmal dapat kesan yang aku menyamar sebagai Dhiya macam mana? Perkara akan jadi lebih teruk. Lagi-lagi, aku tak ada kelayakan langsung untuk jadi penyiasat. The things will gonna become worst if they know the truth.” Mei membela dirinya.

“Sebab kau tak minat je? Sebab perangai kau dan Dhiya tak sama? Mei, alasan kau tak boleh pakai! Bila Adie cakap tentang ibu, kau tak suka. Kau marah. Kenapa, Mei? Kenapa kau tak nak balas budi ibu dan Adie? Kau sepatutnya tolong Adie agar kau dapat balas jasa kedua-duanya. Tapi, apa dah jadi? Kau khianat ibu aku dengan tak menyamar sebagai Dhiya. Kan?” Daniel mencangkung semula. Topi dibetulkan.

“Macam mana kau… kau tahu semua ni?” Mei menyoal. Matanya bengkak kerana menangis.

“Kau pekak, eh? Kan aku cakap yang aku sentiasa perhatikan kau. Hahaha!” Daniel ketawa. Lagaknya seperti seorang psiko.

“Kalau kau tahu semua ni, kenapa kau tak pulang ke rumah? Mana kau menetap? Dan kenapa, hari ibu meninggal, kau tak datang tengok ibu buat kali terakhir?”

“Hahaha…” Daniel ketawa lagi. Mei gerun. Selepas penat ketawa, Daniel berhenti. Dia menjadi serius semula.

“Aku sentiasa jenguk ibu aku waktu kau tak ada di rumah. Tapi, aku pesan kat ibu agar jangan bagitahu yang aku balik dari UK. Sebab apa?” Daniel ketawa lagi. Kemudian, dia menyambung semula.

“Sebab aku nak tengok sejauh mana permainan kau ni agar… agar aku dapat main sama. Huh.” Daniel tersenyum sinis. Kepala Mei disekeh. Dia bangun.

“Dan, hari ibu meninggal, aku sampai dulu daripada kau, Adie dan Dhiya. Aku ada dalam bilik bedah, temankan ibu. Genggam jari ibu. Masa kau gaduh dengan Dhiya, aku nampak semuanya. Aku nampak semua yang kau buat selama ni. Lepas kau balik, baru aku balik. Kau nak tahu aku tinggal di mana?” Daniel tersenyum sinis. Dia ketawa lagi. Mei ketakutan.

KUOTA ini lain. Inilah zon KUOTA KEMARAHAN. Mungkin... KUOTA ini sukar berakhir.

“Daniel, sampai bila ibu nak rahsiakan? Kamu munculkan diri jelah. Kan senang.” Ibu cuba memujuk. Daniel menggeleng.

“Tak nak-tak nak. Ibu jangan bagitahu yang Daniel dah balik. Sementara ni Daniel akan duduk dalam bilik belakang kat dapur. Ibu jangan bagitahu sesiapa, eh?” Daniel merayu. Ibu menghela nafas bersalah.

“Yalah. Tapi ibu nak tanya, kenapa kamu tak nak Adie, Mei dan Dhiya tahu yang kamu balik dari UK? Korang gaduh, ek?” Ibu menduga. Daniel terdiam.

“Tak adalah, mana ada gaduh, ibu. Okey je.” Daniel seperti menyembunyikan sesuatu.

“Daniel, cakap betul-betul.”

“Betul, ibu. Tak ada apa. Nanti Daniel nak buat surprise kat adik-adik Daniel. Baru gimik, kan?”

“Ibu tetap tak percaya. Cepat, berterus-terang dengan ibu.” Ibu bertegas. Pinggang anaknya dicubit manja. Daniel mangadu kesakitan.

“Aduh, aduh, sakit, sakit. Okey... Daniel bagitahu. Bukannya apa, Daniel nak stalk Mei tu je. Nak tengok dia buat apa dengan ibu. Daniel tengok, sejak dia datang rumah ni, dia semakin manja dengan ibu. Sakit pula hati Daniel.” Daniel berterus-terang.

“Daniel ni, dia biasa-biasa je dengan ibu. Ibu layan dia sama macam ibu layan anak-anak ibu yang lain. Okey?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience