BAB 2

Family Completed 4712

"Mei!" namanya dipanggil. Mei menoleh. Tiba-tiba mulutnya dicekup. Tangan ditarik, diheret masuk ke dalam kereta.

"Arggghhh..." Mei cuba menjerit tetapi ternyata tidak boleh. Mulutnya begitu kuat dicekup dan akhirnya segala menjadi hitam.Adie merenung telefonnya. Waktu di telefon sudah menunjukkan pukul 11 malam dan Mei masih belum pulang.

"Apa kisah aku pada dia. Manusia tak kenang budi. Pengkhianat." jari dikepal erat. Adie melangkah masuk ke bilik dengan perasaan geram yang membuak-buak.Mei membuka mata. Terkebil-kebil.

"Dah sedar? Huh." Daniel tersenyum sinis. Dia mencangkung di hadapan Mei yang terikat dan bersandar di dinding.

"Aku kat mana sekarang?" Mei menyoal sambil matanya meliar di sekeliling bilik usang itu.

"Kau tak perlu tahu." kepala Mei disekeh. Daniel bangun dan keluar dari bilik usang tersebut. Pintu dihembas kuat.

"Adie... Adie..." Mei menyebut nama itu tetapi dia tahu, tiada gunanya dia menyebut nama Adie sekarang. Dia tidak tahu di manakah dia berada dan dia tidak tahu Adie kisah tentangnya atau tidak.

"Daniel, kau nak buat apa lagi dengan budak tu? Apa fungsi kau culik dia?" Iqbal menyoal hairan. Dia memandang Daniel yang khusyuk menaip sesuatu di dalam komputer riba.

"Kau diam je boleh tak?" Daniel merengus. Dia kembali menghadap komputer riba di hadapan. Komputer riba itu ditutup. Tangannya dihulur mengambil sesuatu di atas meja. Kemudian dimasukkan ke dalam poket baju sejuknya. Telefon bimbit juga dibawa bersama. Dia kembali ke bilik usang yang menempatkan Mei.

"Mei!" pintu dihempas kuat. Mei terkejut. Bahunya terjungkit sedikit. Daniel mencangkung lalu menghulurkan telefon bimbitnya kepada Mei. Topi di atas kepala dibetulkan. Mei mahu mengambil tetapi Daniel menariknya semula.

"Oh, silap. Just talk from here." senyuman sinis diberikan. Sesuatu nombor didail. Kemudian Daniel memasang telefon bimbitnya kepada pembesar suara agar dia dan Mei dapat mendengar bersama.

"Hello?" suara dari dalam talian memulakan perbualan. Mei seperti kenal suara itu. A...

"Adie! Adie! Tolong..." Daniel mencekup bibir Mei dengan tangannya sehingga kepala Mei terhantuk pada dinding.

"Hei, wanna know something? Aku dah culik Mei." Daniel sinis. Mei menggigit tangan Daniel.

"Ahh..." Daniel menarik tangannya. Gigi diketap. Anak matanya merenung Mei tajam.

"Okey, aku bagi kau peluang untuk bercakap dengan Mei. Tapi, aku ada sekali. Cepat, seminit diberi." Daniel memberi arahan. Dia mendekatkan telefonnya dengan Mei.

"Adie! Adie, tolong aku! Ada orang psiko kat sini dah culik aku. Tolong Adie..." Mei merayu. Adie diam. Kemudian bunyi nafas ditarik didengari.

"Kau nak aku buat apa?" Adie menyoal. Mei terkejut.

"Wei, selamatkan akulah. Janganlah bengong sangat. Kau dah tak sayang aku ke?" Mei bertanya. Dia benar-benar terkejut. Dia telah diculik dan Adie seperti endah tidak endah sahaja?

"Kau siapa untuk aku sayang?" Adie bermain tarik tali. Dia seperti mengulangi ayat yang dikatakan Mei tempoh hari.

"Adie..." suara Mei mengendur. Tut-tut... Tut-tut... Talian dimatikan. Mei mendongak memandang Daniel yang sudah berdiri. Kelihatan lelaki psiko itu tersenyum sinis.

"It's not me. Adie kau yang putuskan talian. Salahkan dia. Nampak sangat dia dah tak sayang kau. See?" Daniel mencangkung semula.

"You deserve to have this. Kau layak untuk terima semua ni sebab dulu... Dulu kau dah ambil tempat aku." mata Daniel merah menahan marah. Dahi Mei berkerut. Dia tidak mengerti. Siapa lelaki psiko di hadapannya kini sebenarnya?

"Kau...kau siapa? Macam mana kau tahu nama aku? Macam mana kau boleh kenal aku? Just what is your relationship with me?" Mei mula menengking. Daniel bangun. Topi di atas kepala dibetulkan sedikit. Matanya masih merenung tajam ke arah Mei.

"Just stay here for a couple of days. Nanti orang aku akan hantarkan makanan. Esok, I will let you know, kenapa aku buat semua ni. Jangan tanya aku apa-apa untuk hari ni." Daniel mengangkat kaki.

"Kenapa... esok? Kenapa bukan hari ni?" Mei menyoal, menghentikan langkah Daniel.

"Aku tahu kau ada kacukan Cina, kau tahu bahasa Cina. Tapi aku tak tahu cakap Cina. Aku rasa bahasa Melayu pun kau dah boleh faham. Jangan tanya aku apa-apa. Kau nak aku ulang lagi? Jangan tanya aku apa-apa."

"Aku masih nak tahu." Mei bertegas.

"Kalau kau masih nak tahu, fine. Untuk hari ni, aku nak biarkan kau terseksa. Done." Daniel membuka pintu dan keluar lalu menghempas pintu kuat. Bahu Mei terjungkit sedikit. Terkejut.

"Aku takkan selamatkan kau atas apa yang kau dah buat. Kau dah betrayed ibu, Mei. Eh, bukan ibu. Tapi ibu aku! Kau dah khianat kami. Manusia tak kenang budi. Suka hati kaulah nak buat apa pun lepas ni." mata Adie memerah. Marah. Kepalanya pening memikirkan hal yang menimpa diri sendiri. Adiknya, Dhiya masih belum terbuka hati untuk pulang ke Malaysia. Apa yang harus dia jawab pada pihak inspektor? Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering. Nama 'Dhiya' tertera di skrin.

“Hmm.” Adie menjawab panggilan Dhiya.

“Adie. Aku nak cakap dengan kau.”

“Untuk apa? Bagi masalah lagi? Aku dah penatlah, Dhiya. Kau tak faham.” Adie merungut. Kedengaran seperti Dhiya menghela nafas. Dia kemudiannya menyambung semula.

“Apa yang dah jadi sekarang? Cuba cakap.” Dhiya cuba memujuk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience