BAB 2

Romance Completed 9461

DI MEJA makan, terhidang nasi lemak dengan kopi o sebagai santapan sarapan untuk pagi itu. Sekali lagi soalan menyesakkan jiwa dan raga Aika diajukan.

“Apa perancangan kamu cuti sem ni?” Soal Kak Pah.

“Entahlah, Mak. Ka fikir nak cari kerja. Buat part time. Nak belajar kereta, ayah bukan bagi guna kereta dia. Kedekut!” Jawab Aika selamba sambil menjeling ayahnya disisi.

Ayahnya selamba mengirup kopi o. Kemudian menyambung semula membaca akhbar. Langsung tidak diendahkan sindiran anak bongsunya itu. Sudah lali dengan perangai anaknya yang sorang ini.

“Kenapa, Mak?” Sambung Aika dengan soalan.

“Apa kata kamu bertunang dalam tempoh kamu cuti 3 bulan ni?” Fuh! Perancangan Mak itu langsung tidak bertepatan dengan prinsipnya. Ada ke patut suruh dia bertunang. Tak ada cadangan yang lagi bagus ke?

Ayahnya yang sedari tadi diam, tiba-tiba bersuara, “Awak ni kenapa Saripah? Asyik kahwin, kahwin, kahwin. Tak ada benda lain dah ke awak nak bincang?”

“Bila masa pulak kita suruh dia kahwin. Saya suruh dia bertunang.” Balas kak Pah.

“Awak cuba bercakap tu jangan pakai lutut? Awak suruh dia bertunang tu samalah awak suruh dia kahwin. Bukan ke lepas tunang tu kahwin?” Soal Ayahnya kepada Kak Pah.

“Yang bertunang tu tak semuanya kahwin. Yang Kahwin pun bukan semua bertunang.”

“Awak dulu nak kahwin dengan saya pun bertunang dulu.”

“Saya tahulah, Tapi…”

Mereka mula berbalas ayat dan membidas antara satu sama lain. Aika naik bosan dan rimas. Kaki melangkah menuju ke anak tangga meninggalkan Mak dan Ayahnya berdebat antara satu sama lain.

Kaki melangkah masuk ke bilik. Belum sempat dia menggapai telefon bimbitnya, ianya sudah menjerit-jerit suruh di angkat. Siapakah gerangan yang menelefonnya pagi-pagi begini? Setelah melihat, dia menghela nafas. ‘Ku fikir siapa tadi. Baru je nak call..’ Butang hijau ditekan.

“Weh! jadi tak?!” Tersentak dia seketika.

“Agak-agaklah kau ni! Bagilah salam dulu.”

“Opss, sorry! Assalamualaikum…. Aika ada tak? Ni siapa eh? Nak bercakap dengan Aika boleh? Dia sibuk ke? Dari tadi saya call dia tak angkat-angkat. Bosan dah dengar caller ringtone dia……”

“Oii.!! Mak Cik!” Sebelum dia membebel panjang lebar, segera Aika memintas. “Kau membebel apa ha?”

“Ha ha… Tu lah kau. Aku call tadi, asal tak angkat?”

Oh! Rupa-rupanya, semasa Aika sarapan, kawannya sudah berkali-kali menghubunginya.

“Manalah aku dengar. Aku kat dapur tadi, breakfast.”

“Oh….”

“Ni.. apa hal kau telefon ni, baru je aku nak call kau. Baguslah kau telefon dulu, jimat kredit aku.”

“Amboi, jimat kering kau dengan aku eh. So, jadi tak?”

“Apa yang jadi?” Dia pun hairan apa yang jadi.

“Eh eh minah ni, buat-buat lupa pula. kata nak keluar makan hari ni.”

Serius! Aika lupa yang dia dah berjanji dengan Sara nak belanja dia makan hari ni. Macam manalah dia boleh lupa.?

“Oh! Sorry babe, aku lupa giler.”

“Boleh kau lupa eh dengan janji kau… dah tu, asal kau nak telefon aku tadi?”

Sejujurnya, Aika mahu menelefon Sara untuk bertanyakan mengenai assignment yang bakal dilaksanakan untuk semester baru nanti. Berbincang mengenai tajuk dan mengumpul bahan-bahan kajian. Mereka satu kumpulan. Tidak terlintas langsung mengenai keluar makan hari ini. Lain benar hajatnya.

“Betul aku lupa. Aku telefon kau sebab nak tanya pasal tugasan kita untuk next sem. Itu aje. Hmmm… okeylah kalau macam tu. Aku jemput kau kejap lagi. Tunggu tau.”

“Okay… macam biasa. Bye.” Perbualan tamat.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience