BAB 10

Romance Completed 9461

HARI KONVOKESYEN..

AIKA menyarung jubah biru gelap yang berjalur kuning. Sempat juga membantu rakannya menyarung jubah yang besar itu. Empat sekawan itu kelihatan begitu senang hati menikmati hari-hari bersejarah itu. Diselang-seli dengan gelak ketawa.

Sekilas dia terpandang seseorang yang duduk tidak jauh dari mereka. Sebuah senyuman manis dilemparkan kepada Aika. Aika membalas dengan senyuman malu. Jubah yang tersarung cantik ditubuhnya menampakkan Izam begitu segak.

Semua graduan memasuki dewan untuk majlis penganugerahan dan penyampaian sijil. Sementara menunggu namanya dipanggil untuk naik ke pentas, Aika duduk dikerusi yang disediakan untuk para graduan. Nama Sara dan dua lagi rakannya sudah dipanggil.

Izam menguatkan diri, cuba mendekati Aika. Dia mengambil tempat disebelah kerusi yang diduduki Aika. Aika yang menyedari kehadirannya cuba berlagak biasa, padahal dalam hati berdebar-debar. Entah kenapa, dia mula tidak memahami dirinya kini. Sebelum ini, tiap kali ternampak Izam pasti dia akan menyampah, geram dan mahu melarikan diri. Tapi hari ini, dia merasakan hatinya lain macam.

“Assamualaikum..” Bersuara Izam memberi salam. Lembut.

“Wa alaikummussalam..” Jawab Aika.

“Awak apa khabar? Sihat?”

“Saya sihat. Awak sihat?”

“Alhamdulillah..”

Aika hanya senyum. Dirasakan jantungnya berdegup begitu kencang.

“Hurmm.. Awak apa cerita sekarang?” Sambung Aika dengan soalan.

“Saya sekarang kerja.”

“Kat syarikat Papa awak?”

“Saya menumpang aje.” Jawab Izam merendah diri.

“Untung awak, kan. Keluarga ada bisnes. Habis belajar boleh terus kerja. Tak macam saya, merata cari kerja.”

Izam ketawa kecil. “Hurmm..Aika..”

“Emm..”

“Saya masih tunggu awak. Masih ada peluang untuk saya?”

Aika terdiam. Tidak tahu mahu dijawab apa.

“Ada.” Jawapan yang tidak disangka-sangka keluar dari mulut Aika.

Sebuah senyuman terukir dibibir Izam, “Kalau macam tu, sudikah awak jadi suri hidup saya?” Lamar Izam sekelip mata. Aika bagai dipanah petir. Mulutnya membisu. Bagaikan tidak percaya, secepat ini Izam melamarnya. Atau dia hanya bermimpi?

Izam masih menanti jawapan dari Aika. Setelah lama menanti, Aika memberi jawapan, “Saya dah berjanji dengan diri saya. Kalau sesiapa saja yang datang meminang saya lepas ni, saya akan terima. Kalau awak rasa itu peluang yang baik, hantarlah rombongan meminang ke rumah saya. In Sha Allah hajat awak tercapai…”

“Aika. Aika.! Sedia, sedia. Sekejap lagi nama kau pula.” Sara datang ke belakang pentas untuk memberi tahu nama Aika bakal di panggil. Aika mempersiapkan diri.

PAGI yang aman dan menceriakan itu membikin hati Aika resah gelisah. Dia risau akan rombongan meminang yang hadir ke rumahnya kini. Dia bimbang kalau-kalau rombongan itu bukan dari pihak Izam.

Macam biasa, Kak Pah masuk ke bilik bertanyakan jawapan sama ada menolak atau menerima lamaran itu.

“Siapa nama orang yang pinang Ka tu?” Tiba-tiba dia berminat ingin tahu siapa orang itu. Sebelum ini dia tidak pernah bertanyakan hal itu. Ditolaknya mentah-mentah. Tapi kali ini tidak.

Selamba jawapan dari Kak Pah, “Tak payahlah tahu nama dia. Mak suka dia dan Mak tahu, Aika pasti suka dia.”

“Tapi, Mak…”

“Kan kamu dah berjanji. Dah lupa?”

Mengingat kembali janjinya yang mana dia akan menerima lamaran siapa sahaja yang datang meminangnya kali ini, ia terpaksa akur. Diharap inilah jodohnya.

Maafkan saya, Izam.. mungkin ini bukan peluang yang perlu awak rebut..

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience