BAB 6

Romance Completed 9461

GENAP TIGA BULAN…

Dia memulakan kuliahnya seperti biasa. Cuti semesternya yang lalu dirasanya cukup menjengkelkan. Hidupnya seperti digerumuni dengan ramai peminat. Tetapi tidaklah sampai berebut-rebut, cuma setiap langkahnya sering menjadi perhatian jejaka di kampus itu.

Lalu saja Aika menuruni anak tangga, berjalan ditepi kampus, kaki lima kuliah atau dimana-mana sahaja, pasti semua jejaka yang sedang berborak atau yang sedang belajar berkumpulan berhenti memerhatikan keayuan Aika. Sara pun tak kurang juga cantiknya. Tetapi Aika yang menjadi perhatian. Kadang-kadang Sara juga terkena tempias.

Akan tetapi, jejaka-jejaka itu tidak pernah mengejar Aika, cukup sekadar bunyi-bunyi atau ayat-ayat mengorat saja, ‘Pheewitt…’, ‘Ehem, Cantik Aika hari ni.’, ‘Hai Zulaikha’, dan macam-macam lagi. Cuma seorang sahaja yang asyik mengejar-ngejarnya. Orang ini bikin dirinya berasa rimas.

“Zulaikha!! Kejap…” Panggil dia dari jauh.

Aika menoleh kebelakang. Melihat yang memanggil namanya itu adalah dia, hatinya rasa meletup-letup. Rasa nak lari. Tapi sudah terlambat. Dia sudah menghampiri Aika.

Apabila sudah menghampiri Aika, dia membuat isyarat kepada Sara supaya meninggalkan dia dengan Aika buat seketika. Memahami isyarat itu, Sara akur. Menjauhkan diri sedikit, tapi masih memerhati.

“Ya saudara Izam? Ada apa yang boleh saya bantu?” Tanya Aika menjengkelkan.

“Kenapa awak langsung tak nak bagi saya peluang?” Soalan dijawab dengan soalan.

“Awak cakap apa ni? Peluang apa?” Lagi soalan!

Izam sedikit mengeluh. “Awak jangan buat-buat tak tahu lah Aika..”

“Buat tak tahu apa? Memang saya tak tahu lah. Apa yang awak tahu sampai saya kena tahu ni?” Ayat pusing Aika sudah keluar.

“Kenapa awak ta……” Belum sempat dia menghabiskan ayatnya, Sara memanggil dari jauh. Kata-katanya mati di situ.

“Aika! Dah lambat ni..”sambil menunjuk jam ditangan, “…nanti Puan Zainah bising.”

Sekilas Aika melihat jam ditangannya. “Saya minta maaf Izam. Saya kena pergi. Bye.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience