BAB 3

Romance Completed 9461

SESEKALI dia mengerling jam ditangan. Sudah hampir sepuluh minit dia menunggu. “Apalah Si Sara buat kat dalam lama sangat? Dia ingat aku ni apa? Drive dia ke?”

Sepuluh minit sudah berlalu. Bukan sahaja dirinya, malah batang hidung dia pun tak nampak. Aika mencari-cari handphonenya. Belum sempat dia mendail nombor Sara, kedengaran satu ketukan pada cermin keretanya.

“Oit terkejut terlompat-lompat aku, kau? Eh?” Dia menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Mujur saja tidak didengari Sara, kalau tidak, mahu tergelak terbahak-bahak si Sara.

“Hah! Sara.” Dia cuba berlagak biasa.

Kunci pintu dibuka dan Sara masuk ke perut kereta. “Kau jahit baju ke tadi?” Tanyanya setelah Sara memakai tali pinggang.

“Ha? Baju?” Sara mengerutkan dahi. Mula mempamerkan wajah yang pelik. Lama dia terdiam. Masih memandang Aika sambil dahi berkerut.

“Ya lah! Dah berapa helai baju kau jahit?” Pedal minyak ditekan tanpa memandang reaksi Sara.

“Apa kau cakap ni? Jahit baju? Bila masa pulak aku jadi tukang jahit baju ni? Kau demam eh?” Jawab Sara seperti tidak puas hati. Mengharapkan penjelasan.

“Ishh.. bosan aku cakap dengan kau ni. Tu pun tak faham ke?”

“Dah semestinya aku tak faham…”

“ Maksud aku, kau buat apa kat dalam tadi? Lama gila aku tunggu!”

“Ooohhh.! Sorrylah, tadi aku cari kasut, tak jumpa. Rupa-rupanya ibu aku basuh. Tu lambat tu. Sorry beb!” Sambil menepuk bahu Aika.

“Sorry tak sorry. Pakai je lah sandle. Beriya nak berkasut bagai…”

“Hello.! Suka hati I lah… kaki I, you sibuk apasal?!” Sara mula mempertahankan apa yang dipakainya.

“Mestilah sibuk. Yang menunggunya, aku!” Suaranya sedikit meninggi. “Dah lah, malas nak bertekak dengan kau. Nak makan kat mana ni?” Aika malas memanjangkan perbualan. Tak pasal-pasal bergaduh pulak dia dengan Sara ni fasal kasut.

Benda remeh pun nak gaduh.

“Piza! Ha.. Piza. Lama dah aku tak makan pizza.”

“Okay..”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience