BAB 7

Romance Completed 9461

HABIS kuliah, Aika, Sara dan dua lagi rakannya menuju ke kafe. Langkah mereka terhenti apabila Izam muncul tiba-tiba dihadapan mereka.

“Aika…” Sebut Izam.

Aika menyuruh Sara dan rakannya yang lain ke kafe. Dia akan menyusul kemudian. Ada hal yang perlu di selesaikan dengan lelaki tak faham bahasa ini. Akur. Mereka meneruskan langkah ke kafe.

“Awak nak apa ni, Izam? Rimas saya dengan perangai awak ni.”

“Saya suka awak. Tak boleh bagi saya peluang ke?”

“Suka? Apa yang boleh dapat dengan suka? Suka is normal. Everyone have it. Macam saya suka pensyarah saya. Saya suka Sara, saya suka kawan-kawan lelaki dalam kuliah saya…” Jelas Aika lancar.

“Tapi suka saya lain. Aika.. awak dengar sini. Saya suka awak lebih dari awak suka kawan-kawan awak. Saya dah jatuh hati kat awak.” Ayat itu merimaskan Aika.

Aika membuka langkah cuba untuk lari, namun dikejar Izam membantutkan langkah. “Aika.. saya cintakan awak.”

Selendang yang dililit kemas dikepala ditiup angin lembut menambahkan lagi keayuannya. Walaupun angin itu menyejukkan suasana, namun hatinya mula rasa mahu marah tapi cuba dikawal. “Izam, saya datang sini nak belajar. Bukan nak bercinta. Kalau awak nak bercinta, awak cari orang lain. Bukan saya.”

“Tapi saya nak awak!” Luahan Izam itu membuatkan Aika tiba-tiba angin satu badan. Marah yang cuba dikawal tadi mula menunjukkan tanda-tanda mahu mengamuk.

“Izam!” Tegas Aika dengan suara yang meninggi. Izam terdiam. Tidak menyangka Aika boleh meninggikan suara sebegitu.

“Apa masalah awak ni!? Tolong faham saya boleh tak!? Susah sangat ke awak nak kawal perasaan awak pada saya? Awak kejar-kejar saya macam ni buat saya makin meluat! Awak faham tak, me lu at!?

Bukan kadang-kadang, tapi selalu, hari-hari awak macam ni. Saya faham.. saya tahu awak memang suka saya. Suka lebih dari seorang kawan. Saya tak nafikan juga perasaan saya pada awak. Saya rasa apa yang awak rasa. Saya pun suka awak tapi, saya ketepikan. Tolonglah Izam… saya merayu kat awak.

Saya datang sini nak belajar, nak dapatkan apa yang saya nak…” air mata mula mengalir setitik dua. “…. Saya nak bawa balik ijazah saya. Saya nak fokus Izam. Awak simpanlah perasaan suka awak pada saya tu hingga ada pengakhirannya…”

Izam hanya memerhati dan mendegar luahan hati Aika. Dia mula rasa bersalah. Tak sangka yang Aika juga menyukai dirinya. Bermakna, dia tidak bertepuk sebelah tangan.

“Yakinlah dengan jodoh. Kalau awak bukan jodoh saya, ianya tak mungkin akan terikat, awak buatlah apa sekali pun.

Dan sekiranya awak jodoh saya, in Sha Allah hati saya akan terbuka. Tolonglah Izam.. Awak manfaatkanlah peluang awak kat sini. Fokus pada pelajaran.

Ketepikan semua yang boleh merugikan awak. Ingat mak ayah. Mereka juga mahukan kejayaan dari awak, Zam….” Sebelum air matanya mencurah lebih lebat, dia meneruskan langkah meninggalkan Izam keseorangan di situ.

Suara izam tersekat-sekat tidak mahu keluar untuk memanggil Aika yang sudah jauh meninggalkannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience