BAB 1

Romance Completed 9461

SEKALI lagi dia menolak rombongan meminang yang datang. Ini sudah masuk pinangan keempat ditolaknya. Pagi yang ceria itu dirasakan teramat muram. Emak seperti memaksa-maksa dirinya untuk mendirikan rumah tangga. Dia masih bergelar pelajar di sebuah universiti tempatan, fokusnya pada pelajaran harus ditumpukan sepenuhnya. Komitmen untuk berumah tangga dirasakan terlalu awal.

Entah siapa-siapa yang datang merisiknya. Entah dari daerah mana, entah dari negeri mana. Siap berpantun bagai. Tak Negeri Sembilan, mungkin orang Melaka. Hatinya untuk mencari peneman hidup masih belum terbuka. Jadi, barangsiapa yang datang merisik atau meminangnya, pasti ditolak.

“Kamu ni kenapa, Ka?” Soal Kak Pah sejurus masuk menjenguk Aika di bilik lalu duduk dihujung katil.

“Kenapa apa? Mak tu yang kenapa. Kenapa tanya kenapa?” Ayat pusing Aika.

“Kita pula yang ditanyanya… Kenapa kamu tolak rombongan orang meminang kamu tadi. Kamu ni memilihlah, Ka. Bukan senang orang nak datang meminang ni. Dari jauh dia datang.” Bebel Kak Pah.

“Siapa suruh datang dari jauh? Sudahlah, Mak. Tak ada yang berkenan dihatilah.” Jawabnya malas.

“Orang yang macam yang kamu berkenan? Beritahu Mak. Biar mak pinangkan untuk kamu.” Kata Kak Pah mendesak.

Aika rimas. Emaknya seperti memaksa dirinya untuk berkahwin. Entah apa yang dimahunya, entahlah..

“Eh eh Mak ni. Over pulak. Mana ada orang perempuan pinang lelaki. Buang tabiat ke apa Mak ni? Yang Mak suruh sangat Ka kahwin ni kenapa?.. macam terdesak nak menantu je.” Jawab Aika selamba.

“Ishhh… Susahlah bercakap dengan kamu ni. Ada je jawapannya.” Kak Pah mula geram dan berlalu meninggalkan Aika yang duduk berlunjur di atas katil.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience