BAB 4

Romance Completed 9461

Aika yang dari tadi hanya mengacau air dengan straw telah menarik perhatian Sara. Jauh dia termenung memandang ke luar tingkap melihat kereta lalu lalang dan motosikal yang ke hulu ke hilir. Entah apa yang difikirkannya. Sara turut memandang ke luar cuba untuk menyelami apa yang ada dengan kereta dan motosikal yang lalu di hadapan pizza hut itu. Ternyata tiada jawapan.

“Aika!” Sergah Sara.

Tiada respon.

“Aika…” sambil tangan melambai-lambai depan muka Aika. “Oh, Aika.”

Masih tiada respon.

“Zulaikha!!” Kali ini sergahannya kuat dan menampar perlahan tangan Aika yang mengacau air.

Aika tersedar ke alam nyata.

“Kau tak ada kerja lain eh? Memang hobi kau mengkaji kereta dan motosikal yang lalu depan mata kau?” Perli Sara.

“Kau cakap apa?” Soal Aika pelik.

Sara menggeleng. “Kau ni kenapa? Dari tadi senyap je. Biasa kau yang banyak cakap. Kau ada masalah ke?” Tanya Sara lagi cuba mengoret rahsia.

Ya! Memang. Memang Aika ada masalah. Masalah yang hanya dia sahaja yang boleh selesaikan. Masalah yang bakal mengundang bencana dalam hidupnya. Masalah yang membikin fokusnya pada pelajaran bakal terganggu.

“Mak aku suruh aku kahwin.” Jawabnya ringkas.

“Suruh kahwin lagi? Kali ni siapa pula datang meminang kau?” Sara memang tahu perihal rombongan meminang yang kerap datang ke rumah. Semua diceritakan Aika. Saralah satu-satunya kawan tempat dia berkongsi cerita.

“Tak ada orang datang meminang pun.”

“Habis tu.?”

Aika mengeluh. “Mak aku suruh aku bertunang dalam tempoh aku cuti semester ni. Kerja gila lah. Dengan siapa entah dia suruh aku bertunang, tak tahu lah. Pening kepala aku fikir. Mak aku macam paksa aku kahwin. Angah aku yang dah bekerja tu dia tak paksa pula suruh kahwin. Ni pula aku yang tengah belajar. Peliklah.”

Memang pelik. Pasti Maknya ada motif tersendiri.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience