BAB 8

Romance Completed 9461

TAHUN AKHIR DI KAMPUS…

Bermacam memek muka yang terpancar setelah semua siswa dan siswi tahun akhir kampus itu keluar dari dewan peperiksaan. Ada yang ceria, ada juga yang geram. Tak kurang juga yang bermasam muka melangkah keluar dari dewan.

Riak puas kelihatan pada wajah Zulaikha. Impiannya untuk menamatkan pelajaran dan membawa pulang segulung ijazah hampir tercapai. Tunggu untuk majlis konvokesyen sahaja. Cukup tenang dia keluar dari dewan peperiksaan.

“Leganya aku Ka.. akhirnya dapat juga aku membawa pulang segulung ijazah untuk kedua orang tuaku yang tercinta…” Bicara Sara keriangan.

“Alhamdulillah.. walaupun kita dah habis belajar, pejuangan kita masih belum berakhir. Ingat tu!”

“Okey… faham Cik kak.”

Mereka menuruni anak tangga. “Eh.!” Bersuara Sara tiba-tiba.

Aika mengangkat kepala tanda ingin tahu.

“Mana Izam ha? Dalam dewan tadi pun aku tak nampak..” Aika cuba mencari-cari kelibat Izam. Namun, gagal.

“Dia dah banyak berubahlah sekarang. Dulu selalu kejar-kejar kau. Sekarang dah tak ada. Kenapa ek? Haaa… kau buat apa kat dia?” Soal Sara menyakat.

“Tak ada..mana ada buat apa-apa…” Jawab Aika cuba menyembunyikan rasa lain macam.

Tatkala perjalanan mereka sudah memasuki parking kereta diluar kampus, tiba-tiba tekak Sara berasa dahaga. “Emm Aika.. aku hauslah. Aku pergi beli air kejap. Kau tunggu aku kat kereta. Boleh?”

“Ishh.. macam-macamlah kau ni. Hauslah lah apalah. Em, ya lah. Jangan lama sangat.”

“Aku beli air je, bukan buat air. Kejap eh. Kau tunggu tau.” Pesan Sara sambil kaki mengundur ke belakang.

Aika meneruskan langkah menuju ke kereta yang dipakir tidak jauh dari tempat Sara membeli air. Belum sempat dia membuka pintu kereta, kedengaran satu suara yang memanggil namanya. Suara yang cukup dikenalinya. Ditolehnya ke arah pemilik suara itu. Izam!

Dia menghampiri Aika. Aika mula rasa tak keruan.

“Terima kasih..” Ucap Izam tiba-tiba.

Terima kasih?? Untuk apa?

Aika pelik. “Untuk apa?”

Izam menarik nafas perlahan. “Untuk semuanya. Saya masih tunggu awak. Saya minta diri dulu. Assamualaikum..” Tuturnya lembut dan berlalu pergi.

Aika masih terpinga-pinga melihat Izam tak seperti dahulu. Sejak Aika memarahinya dan menasihatinya tempoh hari, sejak itu dia tidak mendekati Aika lagi. Hanya dipandangnya dari jauh, sekadar mengubat rindu. Disimpannya perasaan suka itu hingga ada pengakhiran, seperti yang dikatakan Aika.

Tidak lama selepas itu, Sara sampai dengar dua kotak air laici. Mereka masuk ke dalam perut kereta dan meninggalkan lokasi pakir.

Izam yang berada disebalik dinding tidak jauh dari kereta Aika, hanya memerhati kereta itu yang semakin hingga dari pandangan…

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience