BAB 11

Romance Completed 9461

NAMA sahaja bertunang, tapi mereka tak pernah berjumpa. Kata Maknya, tak perlu sesi taaruf sebab ini adalah jodoh yang tepat. Orangnya segak, handsome, sudah bekerja, mustahil Aika akan tolak. Itu kata Kak Pah.

Hari yang dinanti-nanti telah pun tiba. Hari ini Aika bakal diijab kabulkan dengan seseorang yang langsung dia tidak kenali. Didepan matanya terbayang-bayang wajah Izam. Kenapa bukan Izam yang pinang aku? Dari awal lagi aku memang tak layak untuk dia…

Tok kadi sedang berborak dengan bakal pengantin lelaki. Aika hanya memerhati dari jauh. Dia cuba untuk memanjangkan leher untuk melihat wajah bakal suaminya. Namun, gagal. Hanya tepinya saja dapat dilihatnya.

Kenapa dia tak pandang belakang, tengok aku ni bakal isteri dia? Takkan dia senasib dengan aku, hanya menerima ketentuan ini?

Tok kadi berjabat tangan dengan bakal pengantin lelaki tanda ijab qabul bakal berlangsung. Debar dihati Aika begitu kencang. Degup jantungnya sungguh luar biasa.

“Khairul Idzham Bin Kamarul Ezam, aku nikahkan dikau….”

Mendengarkan nama itu, Aika terpana. Kenapa nama tu agak pelik? Idzham? Bin.. ayahnya Ezam? Aku kahwin dengan anak Izam ke? Ke aku bermimpi? Bercelaru!

“Aku terima nikahnya Nur Zulaikha Binti Ahmad dengan mas kahwinnya RM300, tunai.” Hanya sekali lafaz, Aika bergelar seorang isteri kepada Khairul Idzham.

Tiba sesi menyarung cincin ke jari manis Aika. Dalam proses Idzham menghampiri Aika, Aika bagaikan tidak percaya yang Khairul Idzham itu adalah Izam, lelaki yang telah dibukanya peluang. Idzham melemparkan senyuman kepada Aika.

Sara yang mendampingi Aika juga terkejut. Cincin disarungkan. “Sejuknya tangan..” Bisik Idzham.

Mata mereka bertentangan. Saling berpandangan. Lama. Segaknya dia berbaju pengantin…

“Sudahlah tu… macam lepas ni tak boleh nak pandang.” Perli Kak Pah menyebabkan pandangan mereka beralih ke lutut masing-masing.

Mama Izam dan orang lain yang mengelilinginya turut ketawa dengan gurauan Kak Pah itu.

“Tahniah, Ka. Kacak suami Ka.” Bicara Angah.

“Terima kasih, Ngah. Nanti Angah pula.”

“Hurmm.. Angah dah tua. Tak ada orang yang nak. Silap-silap Ateh yang kahwin dulu. Angah jadi anak dara tua sampai ke sudah..” Mereka ketawa besar. Kemudian diikuti ketawa Kak Pah, Mama Izam, Sara, Ateh dan yang lain-lain.

DALAM kamar yang dihias cantik, di meja solek bercermin itu, Aika menyikat rambutnya yang ikal mayang. Izam yang baru keluar dari bilik air hanya memandang rambut isterinya yang mempersonakan.

Dihujung katil Idzham melabuhkan punggung. “Tak nak berkenalan dengan saya ke?” Soal Izam bergurau. Aika tersenyum. Beralih kedudukan, mengambil tempat disebelah suaminya dihujung katil.

“Kenapa saya tak tahu yang nama penuh awak, Khairul Idzham?” Tanya Aika.

“Sebab awak tak pernah nak ambil tahu… Memang orang panggil saya dengan nama Izam tu walaupun ayah saya juga nama Izam. Saya tak kisah pun.”

“Oh.. Saya minta maaf sebab marah awak hari tu.” Tutur Aika mengingat kembali zaman kuliah.

“Kisah lama jangan diungkit.”

“Oh ya…” sambung Izam, “…Terima kasih sebab sudi terima lamaran saya kali ni.”

“Kali ni?? Maksud awak?”

Izam ketawa kecil. “Ya lah, tiga kali pinangan abang Ka tolak. Yang keempat ni lah baru Ka approve.” Dari saya awak, tiba-tiba bertukar abang.

“Jadi, sebelum ni….”

“Ya! Abang pernah hantar rombongan meminang. Tapi Ka tolak. Zulaikha… abang mula jatuh hati dengan Ka sejak kali pertama abang jumpa Ka masa pendaftaran masuk U dulu. Sejak dari tu, abang cuba selidik latar belakang Ka. Abang cuba mendekati Ka. Ka selalu lari. Abang ceritakan soal hati ini pasal family abang. Family terima. Mereka buat keputusan untuk meminang Ka. Nak dijadikan cerita, masa rombongan meminang tu, rupa-rupanya Mama dengan Mak Ka tu kawan lama. Mereka berkawan baik dari sekolah menengah. Hubungan mereka terputus selepas masing-masing melanjutkan pelajaran ke peringkat universiti.” Luah Izam.

Oh, patutlah Mak marah sangat bila aku tolak pinangan yang ketiga orang tu. Rupa-rupanya pinangan itu dari pihak Izam. Baru aku tahu kenapa Mak nak sangat aku kahwin….

“Masa Ka marah abang depan kafe kampus dulu, abang mula sedar yang abang terlalu terburu-buru. Mengenangkan hasrat Ka untuk membawa segulung ijazah, abang cuba menjauhkan diri dari Ka. Abang bagi peluang untuk Ka fokus pada study. Abang hanya memerhati Ka dari jauh.” Aika tekun dan khusyuk mendengar kisah Izam itu. Dia menanti sambungannya.

“Tapi kenapa masa exam last hari itu awak, eh abang tak ada. Abang pergi mana?” Soal Aika setelah Izam diam.

“Ka tahu tak, disebabkan abang tak mahu kacau fikiran Ka masa exam, abang ambil keputusan untuk tukar dewan peperiksaan setelah berbincang dengan lecturer. Papa menggunakan kuasa Papa untuk berbincang hal itu. Sebab tu Ka tak jumpa abang.”

“Ka…. Abang kena luahan semua ni pada Ka supaya tiada rahsia antara kita. Kalau Ka nak tahu, masa abang kerja di syarikat Papa, abang asyik teringatkan Ka. Kerja abang terganggu. Abang cuba untuk lupakan Ka, tapi tak boleh.

Sampailah suatu malam, abang terjaga. Abang solat hajat dan istikharah. Tiga malam berturut-turut abang mimpikan Ka. Dan masa tu, abang yakin yang Ka adalah jodoh abang. Jadi, Abang ambil peluang masa kita konvokesyen hari tu untuk melamar Ka. M

ungkin masa tu nampak macam terlalu awal. Masa tu gugup jantung abang hanya Allah saja yang tahu. Dan.. Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan. Zulaikha yang abang kejar-kejar masa zaman kuliah dulu dah jadi milik abang yang sepenuhnya.

Rupa-rupanya, Zulaikha ini memang jodoh abang…” Aika tersenyum syukur, juga tersenyum bahagia mendengar luahan Izam.

“Abang…” bersuara Aika lalu memegang tangan kasar suaminya, “.. Ka sebenarnya dah lama suka kat abang. Tapi Ka rasa Ka tak sesuai untuk abang. Ya lah, abang anak orang kaya. anak datuk, pakai kereta mewah, ramai perempuan yang nak. Jadi, Ka buang rasa suka tu. Sebab tu Ka tak suka bila abang asyik kejar-kejar Ka.”

Izam tergelak besar. “Aika.. aika..”

“Tapi kenapa abang pilih Ka? Banyak lagi perempuan lain yang lebih kaya, cantik dan setaraf dengan abang.” Sambung Aika lagi.

“Sebab Ka lain. Tak macam perempuan-perempuan lain kat luar sana. Ka ada ciri-ciri wanita yang abang cari. Sudahlah Ka.. ini memang jodoh kita. Lari kemana pun, jodoh tetap jodoh. Usahlah di soal lagi tentang ini.. Allah itu hebat merancang.”

Kamar itu menjadi saksi luahan hati dan perasaan kedua suami isteri itu. Senyuman bahagia terukir dibibir sepasang kekasih yang halal.

“Akhirnya.. suka saya dah menemui pengakhirannya..” Bisik Izam mendekatkan mulut ke telinga Aika. Aika tersenyum malu. Izam melemparkan senyuman nakal.

‘Pinangan yang ku tolak……..akhirnyaku terima…’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience