BAB 5

Romance Completed 9461

GENAP sebulan cuti semestinya berlabuh. Aika masih menghabiskan masa cutinya di rumah itu. Rancangannya untuk mencari kerja sambilan tidak dapat dipenuhi lagi. Terlalu banyak kerja dan bahan yang perlu dicari untuk assignment semester akan datang. Tugasannya kali ini boleh dikatakan killer subject. Naik pening kepala.

Jarang sekali pensyarahnya memberi tajuk untuk tugasan semester yang baru. Mungkin ianya agak susah, oleh sebab itu diberi peluang mengumpul bahan sambil-sambil cuti semester supaya pelajar tidak terlalu stress. Bagusnya…. Susah nak jumpa lecturer macam gini.

Semakin dia berniat untuk mencari kerja sambilan, makin bertambah-tambah maklumat dan bahan yang diperolehi. Bertambah kusut lagi apabila rombongan meminang datang bertubi-tubi dalam tempoh itu. Entah apa yang menarik sangat pada Si Aika itu sampai berebut-rebut orang datang pinang. Tengok mak, biasa-biasa saja. Ayahnya, boleh tahan juga kehandsomemannya. Ikut seri ayah ni gamaknya.

Sedang khusyuk dia membaca artikel-artikel penting di meja belajar itu, Kak Pah masuk ke bilik mendapatkan anak bongsunya itu. Bait-bait kata yang keluar dari mulut kak Pah membantutkan moodnya untuk membaca, Kerjanya tergendala.

“Tu…Orang datang meminang kamu. Nak tolak lagi ke?”

“Macam biasalah Mak. Tolak jelah.”

“Ya Allah… budak ini. Hei Aika, masuk ni dah 3 kali dia datang. Mak tak tahu nak cakap apa. Alasan apa lagi kamu nak bagi kali ni? Orang kalau dah nak tu, terima ajelah.”

Sudah tiga kali dia datang pinang aku??? Biar betul? Siapa dia ni?

“Siapa suruh dia datang tiga kali? Orang dah tolak kali pertama tu, faham-faham bahasa lah. Suruh jela dia orang balik.” Ayat tak bertapis Aika.

“Tetamu tu, kita kena layan juga. Takkan nak halau?” Tiba-tiba bicaranya lembut. Perangai Maknya berbeza dari biasa. Pelik!

“Ka tak nak, Mak! Tolong faham Ka boleh tak? Ka nak belajar… Ka nak fokus dengan study Ka… Tunggulah lepas Ka habis belajar dulu, baru boleh fikir pasal kahwin. Buat masa ni, Ka tak nak terima lamaran dari sesiapa pun. Tolonglah mak…” Rayu Aika.

Kak Pah hanya diam. Memandang wajah anaknya seakan mengerti.

“Mak cakap macam tu kat dia orang…” Sambung Aika setelah Kak Pah hanya diam.

Selepas itu, setiap rombongan meminang yang datang, semua ditolaknya. Entah yang ke berapa rombongan yang datang sampai tak terkira.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience