BAB 6

Romance Completed 2863

Jawapan yang buatkan Hasnol ketawa besar. “Kenapa? Ingat aku tak laku ke?

Xandra tak puas hati. “Ada ke tak lelaki yang tahan dengan kau ni? Aku aje yang betul-betul kenal kau luar dalam tau?

“Okey, kita tengok eh. Kalau aku dapat boyfriend dulu sebelum kau dapat girlfriend, itu maknanya aku menang,

balas Xandra tak mahu kalah. Padahal hati mula sedih. Macam mana nak cari boyfriend kalau lelaki yang diharapkan akan jadi boyfriend dia adalah lelaki yang sedang duduk di depannya itu sambil menyedut air 7up? Tak. Hasnol tak pernah mengerti soal itu. “Kau tak payahlah susah-susah nak bet dengan aku, Ra. Aku takkan ada girlfriend selagi kau sendiri tak ada boyfriend,

ujar Hasnol. “Kenapa pulak?

Xandra kerut kening. Tak berani nak bayangkan lebih-lebih, nanti dicop syok sendiri lagi. “Sebab aku sayang kaulah. Aku nak pastikan boyfriend kau tu betul-betul boleh jaga kau, bukan setakat nak kau sebab nak buat main, boleh jadi suami yang baik untuk kau, baru aku boleh lepaskan kau dengan hati yang tenang.

Hasnol tersenyum penuh makna. Kata-kata itulah yang membuatkan Xandra semakin jatuh cinta kepada Hasnol. Namun untuk meluahkan sekali lagi, tidak mungkin. Dia sudah puas mengajar hati untuk memandang Hasnol sebagai seorang sahabat, bukan memendam anganan dalam diam untuk memiliki lelaki itu. Sehinggalah pada suatu hari ketika Xandra ke perpustakaan untuk mencari bahan rujukan untuk tugasannya, dia ternampak Hasnol bersama seorang perempuan.

Pada mulanya Xandra hanya perhatikan dari jauh tapi apabila keadaan semakin menyakitkan mata yang memandang dan hati yang menahan, dia akhirnya keluar dari perpustakaan itu. Ditahan air matanya agar tidak gugur sehinggalah dia sampai di tandas. Pagi tadi sebelum ke kelas, dia sempat menghantar pesanan kepada Hasnol untuk berjumpa di kandang memandangkan mereka tidak sama kelas. Tapi Hasnol kata ada hal yang perlu diuruskan, tak sangka pula hal yang dimaksudkan itu bermesra dengan perempuan lain di perpustakaan. Xandra tersandar pada pintu tandas dengan sepasang mata yang merah. Dia cuba untuk positif, memujuk hati untuk tidak terlalu cepat membuat telahan yang bukan-bukan. Tak mungkin Hasnol tipu. Tak mungkin. Dia memujuk hati untuk terus percayakan Hasnol. Dan ternyata, hatinya akur. Namun setelah Hasnol menghubunginya malam itu supaya dia turun ke gazebo sebab ada hal yang perlu dibincangkan, kepercayaan Xandra musnah seratus-peratus. “Sebelum aku cakap ni, aku nak mintak maaf dulu dengan kau.

Hasnol menggosok-gosok tapak tangannya sendiri. “Kenapa dengan kau ni? Cuba bawak bertenang. Gelisah semacam aku tengok.

Xandra ketawa melihat tingkah Hasnol itu. Tak pernah-pernah dia tengok Hasnol begitu sebelum ini. Hasnol mengurut batang tengkuknya. “Aku... Aku rasa aku...

“Kau rasa kau apa?

“Aku rasa... aku macam dah jatuh cinta...

Senyuman Xandra memudar perlahan-lahan. Jatuh cinta? “Dengan Zarimah...

Hati terlalu pedih sampaikan Xandra tidak mampu bertanya siapa Zarimah itu. “Junior aku. Maksud aku, junior kita. Dia baru masuk sini sebulan yang lepas,

jelas Hasnol tanpa ditanya. Fikirannya terlalu sesak dengan bayangan wajah Zarimah sampaikan dia tidak nampak riak terluka pada wajah Xandra. “Oh...

Xandra menelan liur. Matanya dikelip-kelipkan, menahan air mata. “Woww!

“Itu aje kau boleh cakap?

“Dah tu nak cakap apa lagi? Aku terkejut!

Xandra pura-pura ketawa. Namun Hasnol tidak mampu mendengar tawa yang penuh kepalsuan itu. “Kau rasa apa aku patut buat?

tanya Hasnol. Riaknya jelas bingung. “Kau tanya aku yang tak pernah bercinta ni?

“Kau kan penulis novel. Mesti kau tahukan apa aku patut buat?

“Novel tu cuma khayalan. Kau ni realiti. Tak sama,

balas Xandra. Padahal itu cuma alasan semata. Hasnol yang dia cinta, jadi macam mana dia nak tolong Hasnol bersatu dengan gadis lain? Itu namanya menoreh luka pada parut sendiri yang masih belum kering. Hasnol mengeluh panjang. Dia mendongak ke langit kelam, seolah-olah mencari jalan penyelesaian di situ. “Kau luahkan ajelah kat dia. Mana tahu dia pun suka kau,

ujar Xandra tanpa nada. Ditahan sekuat hati sebak yang kian merajai jiwanya kala itu. Hasnol menoleh. “Kau yakin?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience