BAB 18

Romance Completed 2863

Namun apabila memikirkan kemungkinan yang Adieb tiada perasaan yang sama dengannya, semua itu cuba dipadamkan dari hati. Dia tidak mahu kecewa lagi. Cukuplah kenangan pahit yang dilalui bersama Hasnol selama ini. Sebatang pen dikeluarkan.

Sedang membelek-belek buku mencari helaian yang masih kosong, Xandra terpandangkan beberapa baris ayat yang tertulis di situ. Dia mengerut dahi. Itu bukan tulisannya. Malah dia langsung tak ingat pernah tulis di situ. Baris-baris ayat itu dibaca dalam hati.

“It has been a fun week for me. I’m glad meeting you, knowing you, listening to your story and reading your life as if it was a book, and i’m really sorry for that. I’m sorry for ever having a dream to be with you when I know you love someone else. I know I shouldn’t say this to you, but Xandra... meeting you is the best thing that ever happened to me. Have a great moment on your last day. Till we meet again someday – Adieb.

Xandra mengesat sepasang matanya yang terasa basah. Buku notanya segera disimpan ke dalam beg. Dia bangun, mengangkat dulang untuk dibawa turun dan terus keluar dari kafe itu. Sambil berjalan pulang, momen-momen indah yang tercipta bersama Adieb menari-nari di ruang fikiran. Xandra menahan air mata daripada gugur.

Namun dia gagal. Dia mahu menemui Adieb. Dia mahu menjelaskan semuanya kepada lelaki itu. Dia mahu lelaki itu tahu tentang perasaannya. Dia mahu Adieb tahu siapa yang ada di hatinya. Adieb, bukan lagi Hasnol. Turun dari tren, Xandra terus berjalan pulang ke Itaewon Inn. Dia duduk di birai katil sambil tangan memegang sebatang pen. Perlahan-lahan, pen itu dilakar di atas helaian kosong dalam buku notanya.

1 Mei, 2014 Aku datang sini sebab aku nak cari ketenangan. Aku tak mintak untuk kenal Adieb. Tapi semakin lama aku kenal dia, hati aku makin jatuh sayang. Ketenangannya, sikap ambil beratnya, senyumannya dan tawanya, semuanya melekat kemas dalam fikiran aku, buatkan aku lupa terus tentang Hasnol. Aku yakin, aku dah jatuh cinta dengan Adieb. Tapi apa perlu aku buat, Encik D? Aku takut.

Aku tak mahu kecewa lagi. Aku takut kalau aku luahkan, Adieb akan tolak aku macam mana Hasnol tolak aku dulu. Lepas tu Adieb akan lukakan aku macam mana Hasnol lukakan aku. Aku buntu, Encik D. Aku sedih...

Xandra tidak mampu menulis lagi apabila air matanya sudah lebat jatuh ke pipi. Esakannya memenuhi ruang bilik itu. Kenapa perlu dia sedar semua itu sekarang? Kenapa perlu dia kaburkan pandangannya daripada melihat Adieb di depan mata kerana Hasnol yang tak pernah menghargai? Xandra merebahkan kepala ke bantal. Esakannya pecah lagi.

SUDAHdua minggu berlalu sejak dia pulang ke Malaysia. Dan sejak itu juga, tidak pernah sehari pun berlalu tanpa dia memikirkan Adieb. Tiada panggilan, tiada kiriman WhatsApp yang menghubungkan mereka.

Xandra rindukan lelaki itu. Sangat-sangat rindu. Tapi untuk menghubungi Adieb, dia rasa tidak mampu. Malam itu ketika menghabiskan masa dengan menaip di komputer riba, Xandra terfikir untuk melayari internet. Ruangan google dibuka. Bermula dengan nama Adieb, Adieb Fac, Adieb Twitter dan segala jenis Adieb lagi ditaip sehingga akhirnya menemukannya dengan sebuah blog. Tajuk blog itu adalah ‘Breath Ink’ dan pemilik blog itu bernama Adieb Riz.

Entah kenapa, hati Xandra rasa tertarik untuk menyelongkar isi blog itu. Entri terbaru yang ditulis di blog itu bertajuk ‘this girl’. Xandra mula membaca isinya satu-persatu. I met this girl. She was so beautiful in her own way. She inspired me with a lot of things. I admired her story. How she survived through everything, how she never thought of giving up in life and how she made herself different compared to other girls.

Maybe no one saw her the way I did. And maybe no one knew how special she was the way I felt. I just knew her for days. But it was easy for me to love her. I showed her my best. I wanted her to realise that there was someone for her even though the guy she loved never knew how to appreciate her.

But I guess it was just my dream. I knew she would never feel the same as I did. So I thought, maybe I should stop hoping. I just wanted her to be happy with her own life, her own choice. If by loving that guy she would be happy, I’d love to let her go. I didn’t event get the chance to say I loved her.

Yes, I loved her. I really did. And I still do. Xandra menekup mulutnya. Ya Allah, betul ke ni blog Adieb ? Kenapa hatinya kuat mengatakan yang blog itu memang blog Adieb ?

Adieb yang dia kenali ketika di Seoul, yang akhirnya mampu membuat dia lupa tentang kewujudan Hasnol yang sekian lama menghuni hati? Xandra mengesat mata yang basah. Tetikus ditekan untuk membawa skrin ke bawah dan menyambung bacaan.

I told her, she could come and visit again in winter if she wanted. Maybe she thought I was kidding. Maybe she never wanted to meet me again after all. But if she did come again, I know I still have a chance. Sesuatu tiba-tiba menerjah fikiran Xandra. Laju jemarinya menari di papan sesentuh, terus ke laman web Air Asia.

Setiap tawaran pakej yang ada diperiksa satu demi satu, hingga menemukannya dengan pakej ke Korea pada bulan Januari 2015. Winter! Bibir Xandra menguntum senyuman. iPhonenya dicapai, tak sabar-sabar mahu mengirim pesanan WhatsApp kepada Adieb.

Hey mister tour guide, I’m coming for winter next year. Be ready! ;) Dan Xandra tersenyum lagi.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience