BAB 3

Romance Completed 2865

Sementara menunggu, sempat lagi dia mengeluarkan buku nota dari dalam beg untuk mencatat sesuatu. Tren sampai lima minit kemudian. Xandra memberi laluan kepada mereka yang di dalam tren itu untuk keluar dulu sebelum dia terus masuk.

Dek kerana terlalu ramai orang ketika itu, tubuhnya terlanggar bahu seseorang menyebabkan dia hampir hilang imbangan badan. Buku nota di tangan terlepas jatuh. Terasa ada tangan memegang lengannya, Xandra segera berpaling. Seorang lelaki sedang memandangnya. Perasan matanya jatuh pada lengannya, lelaki itu segera melepaskan pegangan. “Sorry, I just wanted to help. I didn’t mean to...

“It’s okay,

balas Xandra pantas. Dia berdiri sambil berpegang di tepi pintu. Tren mula bergerak. Langsung dia terlupa tentang buku yang jatuh tadi. Lelaki itu masih memerhati. Kalau dilihat dari penampilan, memang sah gadis itu seorang Muslimah.

Dari Malaysia? Indonesia? Tengok dari cara tudung yang dipakai, rasa-rasanya dari Malaysia. Namun untuk menegur, belum berkesempatan. Apatah lagi keadaan dalam tren itu tidak ubah macam dalam tin sardin. Terpandangkan buku nota di tepi bangku duduk, dia segera tunduk mengambilnya. Tren berhenti di stesen Chungmuro.

Xandra segera turun. Dari line 4, dia perlu mengambil tren di line 3 untuk pulang. Ketika menunggu tren, dia perasan lelaki yang memegangnya dalam tren tadi turut ada di situ. Xandra berpeluk tubuh. Mula rasa tidak sedap hati. Cepatlah tren datang... Cepatlah... Sebaik saja tren yang ditunggu tiba, Xandra segera menapak masuk.

Dia cuba mengambil tempat sejauh mungkin dari lelaki tadi. Entah kenapa, hatinya rasa tidak sedap. Mungkin dia terlalu prejudis tapi lebih baik berjaga-jaga daripada menyesal di kemudian hari. Lagipun dia sekarang berada di negara orang, seorang diri pula tu. Seram terasa seluruh tubuh apabila benak mula diterjah perkara yang tidak elok.

Tren berhenti di stesen Yaksu dan Xandra segera turun untuk menukar tren di line 6 pula. Ketika masuk ke dalam tren, masih banyak tempat kosong yang ada. Xandra segera duduk di salah satu bangku. Namun dia terkejut apabila lelaki tadi tiba-tiba duduk di sebelahnya. Lelaki itu tersenyum. “Are you Malaysian?

soalnya. “Yes?

balas Xandra ragu-ragu. Masih jelas riak terkejut pada wajahnya. Lelaki itu senyum lagi. “Saya Adieb, Malaysian jugak.

“Oh!

Xandra terkejut lagi. “Saya ingatkan awak local...

Dia tergelak kecil. Malu dengan kebodohan diri sendiri. Mestilah lelaki tu pandang dari tadi sebab dia pun orang Malaysia. Orang Malaysia jumpa orang Malaysia yang lain di negara Korea ni, tak ke rasa teruja? Tapi kenapa dia rasa lelaki itu orang tempatan? Sebab kulit mukanya yang putih kemerah-merahan dan wajahnya yang sedikit kecinaan. Jadi sebab itulah Xandra langsung tidak terfikir yang Adieb tu orang Melayu. “Awak?

Adieb bertanya lagi. “Xandra,

balas Xandra sepatah. Adieb mengangguk. “Buat apa kat sini? I mean, awak datang bercuti ke? Sorang?

Xandra mengangguk. “Aah.

“Sorang? Beraninya...

Ada nada kagum dalam suara Adieb. Xandra ketawa kecil. Mula rasa selesa berbual dengan lelaki itu. “Dah lama teringin nak travel sorang-sorang. Dah ada peluang, takkan nak lepaskan?

Adieb mengangguk lagi. Riak kagum masih jelas terpeta pada wajah. “Stay mana?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience