BAB 1

Romance Completed 2863

Dengan pantas kunci bertukar tangan dan Xandra terus menarik bagasinya mendekati sebuah bilik. Nombor yang melekat di atas pintu bilik itu sama dengan nombor yang tertulis pada kunci. Lalu pintu itu dibuka. Xandra menapak masuk.

Walaupun keadaan di dalamnya tidaklah terlalu mewah, itu sudah cukup baik untuknya tinggal selama tujuh hari di bumi Korea ini. Selesai meletakkan beg di tepi katil dan segala barang keperluan di dalam almari kecil yang tersedia di situ, Xandra segera baring di katil. Buku berkulit hitam dikeluarkan dari beg sandangnya.

Dibelek-belek helaian buku itu sambil benak berkira-kira apa yang mahu ditulis ketika itu. Sekeping gambar yang terselit di dalam buku itu tiba-tiba jatuh ke dada. Xandra segera duduk tegak. Gambar itu diambil lalu ditatap dalam. Gambar Hasnol. Lelaki yang sudah bertakhta di hati sejak dia masih di bangku sekolah lagi.

Sejak tingkatan satu. Sejak masih berhingus. Sejak dia baru menjejakkan kaki ke sekolah menengah itu tanpa kenalan, hanya bersendiri kerana rakan-rakan yang lain dapat menempatkan diri di sekolah yang lebih cemerlang. Hasnol yang mula-mula dikenali ketika dia pulang lambat dari sekolah dan lelaki itu tiba-tiba datang menegur.

Sejak itu mereka mula bersahabat baik. Walaupun berlainan kelas, itu bukan halangan untuk mereka berkawan rapat. Sangat rapat... hingga hati Xandra tersasar sendiri dari jalan yang sepatutnya. Hasnol yang selalu ada di sisi menemani saat susah dan senang, yang janji akan selalu ada tak kira walau apa pun yang berlaku, yang buat dia akhirnya kenal apa itu erti sayang dan rindu.

Tapi pada saat dia mula meluahkan, ternyata dia hanya bertepuk sebelah tangan. Hasnol sayangkan dirinya tidak lebih daripada seorang kawan baik. Xandra kembali baring di katil. Fikirannya menerawang jauh, mencari wajah Hasnol yang sudah sebulan tidak ditemui.

Kali terakhir mereka bercakap secara empat mata ialah pada hari terakhir peperiksaan semester terakhir. Dan sejak itu, Xandra mula menjauh. Bukan tidak ada Hasnol cuba menghubunginya, tetapi Xandra bijak mengelak tanpa lelaki itu mengesyaki apa-apa. Xandra memejam matanya. Kenangan terakhir itu menjelma di ruang fikiran.

Nampak sangat muka lega sebab dah merdeka“ kata Hasnol sambil tersengih-sengih sebaik saja Xandra mendekatinya setelah keluar dari dewan peperiksaan. Xandra angkat kening.

Mestilah. Tiga tahun belajar, finally habis jugak.“ Dia ketawa kecil. Gembira membayangkan penat lelah sepanjang tiga tahun untuk memiliki segulung ijazah akhirnya berakhir juga. Walaupun keputusan peperiksaan belum tentu lagi macam mana sebab kertas terakhir baru saja tamat tadi, itu sudah cukup membuatkan dia gembira. Alah, lagipun tak mungkin ‘sangkut’. Dia sudah berusaha sehabis daya dan dia yakin dia akan lulus dengan jayanya. “So... nak balik terus lepas ni?

tanya Hasnol memandangkan sudah tiada apa yang penting yang perlu dilakukan selain kemas barang dan keluar dari Kolej Jasmine tercinta itu. “Hmm... kau?

Xandra memulangkan soalan. “Tak kut. Nak lepak-lepak dulu, hayati saat-saat akhir kat sini,

jawab Hasnol. “Gila poyo ayat,

cebik Xandra. Tahu Hasnol sengaja memerli. Mentang-mentanglah dia tu seorang penulis novel, jadi Hasnol selalu guna ayat-ayat bunga begitu untuk mengusiknya. Hasnol ketawa. “Jom, temankan aku makan kat kandang?

Xandra memberi cadangan. ‘Kandang’ yang dimasukkan itu adalah kedai makan yang terletak di belakang fakulti. Kenapa tempat itu dipanggil kandang pun Xandra tak tahu. Sejak hari pertama dia jejakkan kaki ke situ, semua orang sudah menggelarkan tempat itu dengan nama kandang. Ibarat budaya turun-temurun. “Hmm...

Hasnol pandang jam tangan. “Boleh jugak...

Namun belum sempat ayatnya mati, terdengar satu suara halus tiba-tiba memanggil. Hasnol segera menoleh. Kelihatan Zarimah sedang melambai kecil dengan senyuman manisnya. Xandra mengebam bibir sendiri. Tangan yang masih memeluk kertas slip peperiksaan dikemaskan. Sedar diri. “Aku lupalah dah janji dengan Zarimah nak makan sama hari ni. Kau tak apa, kan?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience