BAB 5

Romance Completed 2863

Hasnol ketawa, sedikit mengejek. Xandra buat tidak peduli. Dia duduk di gazebo tepi blok lima itu lalu menarik nafas dalam-dalam. Hasnol di sebelah setia menunggu, sudah tidak sabar-sabar mahu tahu apa tujuan Xandra mahu bertemu dengannya. “Aku...

Xandra menggaru kepala yang ditutupi tudung. Hati yang gelisah cuba ditenangkan. Dia perlukan kekuatan untuk meluahkan isi hatinya ketika itu. “Kalau aku bagi tahu, kau jangan gelak tau?

ujar Xandra lambat-lambat. Matanya menjeling mencari reaksi Hasnol. Hasnol mengangguk. “Apa dia?

“Aku... sebenarnya... aku...

Hasnol masih setia menunggu. “Aku... aku suka kau...

luah Xandra akhirnya. Hasnol terkelip-kelip. “Suka aku?

Xandra mengangguk. “Maksud aku, aku... aku cinta... Aku cintakan kau...

Hasnol terdiam terus. Mata yang berkelip kini lurus merenung wajah Xandra. Ada riak tidak percaya dan sedikit terpinga-pinga di situ. “Kau cakap apa ni, Ra?

“Aku... Aku tak main-main, Mir.

Xandra telan liur. Diberanikan diri merenung wajah Hasnol. Ketika itu, hatinya mula rasa tidak sedap. Seakan-akan terbayang-bayang penolakan yang bakal didengar daripada Hasnol. Mula timbul rasa menyesal kerana berani meluahkan perasaannya kepada lelaki itu. Hasnol menggeleng-geleng. Ada senyuman kecil di bibirnya. Senyuman yang sangat pahit dan tawar. “Ra, aku tak tahu dari mana boleh datang ayat ‘aku cintakan kau’ tiba-tiba ni tapi yang pasti... aku...

“Kau tak ada perasaan sama dengan aku eh?

Xandra menunduk. Wajahnya memerah. “Tak apalah aku...

“Xandra...

Hasnol memanggil, sekali gus menghalang Xandra daripada beredar pergi. Xandra berdiri tegak di tepi gazebo itu. Mujur kawasan di situ lengang. Kalau tidak, entah mana nak disorok muka. Bawah gazebo? Atas bangunan kolej? Dalam rumah felo? Hasnol ikut berdiri. Rasa terkejutnya sendiri masih belum hilang. Sungguh dia tidak menyangka yang Xandra ada menyimpan perasaan terhadapnya. Sangkanya selama ini hubungan mereka hanya berdasarkan persahabatan. Dia ke yang tersilap membuat percaturan hinggakan Xandra boleh berfikiran begitu? “Kau ada apa-apa nak cakap ke? Aku nak balik bilik ni...

Xandra menundukkan kepala. Malu. Segan. Rasa diri sendiri bodoh. Semua perasaan ada. “Ra, aku tak naklah sebab apa yang kau bagi tahu aku tadi tu kita jadi awkward pulak tiba-tiba. Kita still kawan kan?

tanya Hasnol. Dia jadi tidak sedap hati melihat Xandra begitu. Xandra mengangguk perlahan. Kemudian tanpa berkata apa-apa lagi, dia segera berlalu meninggalkan Hasnol di situ. Dan hari berikutnya ketika bertemu Hasnol, Xandra memberikan lakonan terbaik untuk menutup rasa malu yang masih bersisa. Dia juga bersyukur sebab Hasnol tak pernah mempermainkan perasaannya terhadap lelaki itu.

Malah sekali pun Hasnol tidak pernah mengungkit soal itu. Walaupun dia jelas menolak, sekurang-kurangnya perasaan sayang untuk seorang sahabat tetap ada. Itu kali pertama Xandra meluahkan perasaannya dan selepas dua tahun di universiti, Hasnol sendiri sudah hampir lupa yang Xandra pernah mengaku cinta kepadanya. Baginya, ketika itu mereka berdua masih belum matang. Masih lagi remaja yang percayakan wujudnya happy ending untuk kisah cinta monyet. “Kau tak nak ada girlfriend ke?

tanya Xandra malam itu ketika mereka lepak bersama di KFC Plaza Alam Sentral. Xandra yang paksa Hasnol belanja cheesy wedges. “Buat apa? Nanti kalau aku ada girlfriend, kau sunyi pulak aku tak ada nak teman.

Hasnol ketawa sendiri dengan jawapannya. Xandra mencebik walhal hati rasa terhiris. “Kalau kau ada girlfriend, aku carilah boyfriend untuk aku sorang. Tak susah pun.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience