BAB 17

Romance Completed 2863

26 Mac 2014 Hari ni hari terakhir aku kat Kolej Jasmine ni. Dah banyak sangat kenangan tercipta kat sini yang tak mungkin aku akan lupa sampai bila-bila. Tapi dalam banyak kenangan manis, cuma kenangan pahit yang aku ingat tentang Hasnol. Entahlah Encik D, dia dah banyak kali lukakan hati aku pun, hati aku ni masih tetap sayang dia. Salah ke aku? Aku tahu dia takkan mungkin jadi hak aku tapi aku hati ni masih tetap berharap. Kalau aku cakap yang aku akan tetap sayang dia sampai bila-bila, boleh, kan?

Buku itu ditutup rapat. Zip pada beg sandang Xandra ditarik lalu buku itu dimasukkan ke dalam. Sekali lagi wajah Xandra direnung sebelum dia turut sama menyandar dan mula memejam mata. Sampai di Itaewon Inn, Xandra menghulur senyuman manis. Dia sangat-sangat hargai usaha Adieb untuk membawanya berjalan-jalan sepanjang dia berada di situ. “Esok dah last day saya kat sini,

beritahu Xandra. Bukan sengaja dibuat-buat, namun nada sedih menyelit secara tidak langsung dalam sebaris ayat itu. “Sorry, saya tak dapat nak teman awak esok,

ujar Adieb. Renungannya lurus ke wajah Xandra. Mungkin ini kali terakhir dia dapat melihat wajah gadis itu. Hati sudah mula terasa rindu... “Tak apa, saya boleh jalan sorang-sorang. I’m a tough girl!

kata Xandra sambil mengangkat tangan kanannya. Adieb tersenyum. Xandra juga ikut tersenyum. Hati masing-masing seolah-olah sedang meratapi perpisahan yang bakal terjadi. “Awak nak pergi mana esok? Dah plan?

tanya Adieb. “Hmm... saya nak pergi Trick Eye Museum, Ice Museum dengan Hello Kitty Cafe.

Adieb mengangguk-angguk. “Nanti ambik gambar banyak-banyak kat Hello Kitty Cafe tau? Sana comel sangat,

pesannya. Xandra tersenyum kecil. “Okey. Monopod saya sedia berkhidmat.

Adieb tertawa. “Terima kasih banyak-banyak, Adieb,

ucap Xandra ikhlas. Kalaulah boleh digambarkan perasaannya kala itu, memang dia sudah tunjukkan kepada Adieb. Sebak terasa memenuhi ruang hati. Adieb tersenyum. “Sama-sama.

“Bye.

Xandra melambai kecil. Pintu kaca ditolak lalu dia terus masuk ke dalam tanpa menoleh lagi. Adieb melangkah perlahan-lahan untuk pulang. Segala kisah yang dibaca dalam diari Xandra terlayar kemas di depan matanya. Hasnol. Cinta Xandra hanya untuk Hasnol. Walaupun dia menyimpan rasa yang indah buat gadis itu, tidak mungkin mampu menandingi cinta Xandra yang terukir buat Hasnol setelah sekian lama.

Masih terbayang-bayang gambar lelaki itu yang turut terselit dalam diari hitam itu. Adieb menundukkan kepala. Tak mengapalah, diberi peluang untuk mengenali Xandra pun dia sudah bersyukur. Tak mungkin dia akan dapat lupakan gadis itu selepas ini. Biarlah segala kenangan yang telah tercipta antara mereka sepanjang Xandra berada di situ akan terus tersemat dalam ingatan, menjadi pelepas rindu di hatinya nanti.

Sementara Xandra di bilik yang baru saja membuka zip pada begnya, terkejut melihat diari hitamnya ada di situ. Dia terduduk di tepi katil dengan tangan menekup mulut. Ya Allah... Adieb ! Jadi selama beberapa hari ni, buku ni ada pada dia? Dia baca ke semua yang ada kat dalam ni? Sungguh, pada waktu itu Xandra hampir-hampir menitiskan air mata.

Dia cuba bertahan namun akhirnya dia kalah juga dengan perasaan sendiri. Air matanya jatuh ke pipi, mengenang setiap apa yang telah dilalui bersama Adieb sepanjang dia berada di bumi Korea ini.

BETUL kata Adieb, Hello Kitty Cafe memang sangat comel. Dengan warna temanya merah jambu dan setiap hiasan dengan gambar Hello Kitty termasuk minuman dan waffle yang dipesan, betul-betul membuatkan Xandra rasa kagum. Setelah menyedut minumannya, Xandra mengeluarkan buku nota merangkap diarinya itu.

Malam tadi, sepanjang malam dia tidak dapat tidur kerana terfikirkan Adieb. Terfikir untuk menghubungi lelaki itu tapi seolah-olah ada sesuatu yang menghalang. Dia takut untuk membayangkan apa yang difikirkan Adieb tentang dirinya. Tentu Adieb fikir yang dia masih lagi menyimpan perasaan terhadap Hasnol, sedangkan hakikatnya semua rasa itu sudah mula hadir untuk Adieb.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience