BAB 14

Romance Completed 2863

Kalau ikutkan hati, memang dia mahu terus di situ sampai ke esok, tapi mengenangkan badan yang penat dan tempat itu pun akan ditutup untuk hari itu, dia memutuskan untuk pulang saja. Andai satu hari nanti ada lagi peluang untuk Korea, Everland akan jadi tempat wajib untuk dia lawati. “Tentu awak rindu masakan Malaysia, kan?

tanya Xandra setelah tiba di Itaewon. “Mestilah rindu, lagi-lagi masakan mak saya. Tapi tiap kali saya rindu, ada tempat saya boleh tuju,

jawab Adieb. “Oh really?

Xandra terkejut. “Ada kedai Malaysia kat sini?

Adieb mengangguk. “Nak cuba?

“Would love to,

jawab Xandra. Adieb terus mengajak Xandra ke restoran Savaro yang juga terletak di kawasan Itaewon. Harganya boleh tahan. Tapi Xandra tidak kisah memandangkan perutnya sudah mengidam tomyam hasil air tangan chef Malaysia walaupun baru tiga hari dia di Korea.

Baru tiga hari dah rindu. Kalau seminggu, entahlah nak cakap. Sebelum pulang, sempat lagi mereka berdua bergambar dengan tukang masak di restoran itu. Xandra benar-benar gembira hari itu. Perasaan gembira yang sudah lama dia tidak rasai. Memandangkan hari sudah semakin larut malam, Adieb memutuskan untuk menemani Xandra sehingga sampai di depan Itaewon Inn. Suasana ketika itu sangat sejuk sampaikan Xandra mengenakan sarung tangannya dek kerana tak tahan. “Thank you so much, Adieb. I had so much fun today,

ucap Xandra sambil tersenyum ikhlas. Adieb membalas senyuman manis itu. “Sama-sama.

Xandra melambai kecil, bersedia untuk masuk ke dalam. Namun belum sempat pintu kaca itu ditolak, namanya dipanggil membuatkan dia berpaling semula. “Can I see you again tomorrow?

tanya Adieb. Hatinya sangat berharap dia akan mendengar jawapan ‘ya’ dari bibir Xandra. Semakin mengenali gadis itu, semakin hatinya meronta untuk berada di sisi Xandra, terus membuat gadis itu tersenyum dan tertawa gembira. “Awak tak kerja ke?

“I mean, malam esok. Boleh, kan?

Xandra tersenyum kecil. Tidak berfikir panjang, dia terus bersetuju. “Okay, good night.

“Good night. Saya harap malam ni awak tidur lena, tak payah fikir pasal apa-apa yang buat awak sedih or sakit hati ke apa ke, baca doa sebelum tidur dan...

“Adieb...

Panggilan Xandra membuat Adieb terdiam. “A simple ‘sweet dream’ is enough,

ucapnya. Adieb tersenyum segan. Tak sangka Xandra faham. “Bye.

Xandra melambai kecil lalu terus masuk ke dalam. Sampai di bilik, Xandra segera baring di katil membuang penat. Kalau malam-malam sebelumnya dia pasti akan terkenangkan Hasnol, tetapi malam itu wajah Adieb yang terbayang-bayang di ruangan matanya. Bibir membuahkan senyuman. Hatinya terasa bahagia. Setelah sekian lama ‘rasa’ itu hilang dari hati, malam itu ‘rasa’ itu muncul semula. Kerana Adieb. Sweet dream to you too, Adieb. Bisik hati Xandra.

NAMSANGOL HANOK VILLAGEmenjadi destinasi pilihan Xandra hari itu. Tak ada Adieb untuk tolong ambil gambar, jadi dia cuma gunakan monopod yang dibawa bersama. Rasa seronok pula tengok orang Korea tertoleh-toleh pandang ke arahnya yang bergambar sakan dengan monopod.

Selepas puas melawat tempat tradisional itu, dia melawat Dongdaemun Market. Souvernir untuk dijadikan cenderahati kepada rakan-rakan dan T-shirt dengan tulisan ‘I Love Korea’ dibeli untuk dibawa pulang kepada adik-beradiknya.

Selepas itu, Xandra ke Kwangjang Market untuk membeli kain sutera dan kain kapas yang dijual murah. Bolehlah nanti dijahit baju kurung untuk hari raya. Bermacam-macam jenis makanan turut dijual di situ tapi Xandra tak berani merasa sebab tak yakin dengan kehalalannya.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience