BAB 9

Romance Completed 2863

“Cuba teka.

“Around... 23, 24?

“I take the first one.

Adieb ketawa kecil. “Awak?

Xandra memulangkan soalan. Tak adillah kalau dia saja yang bercerita. “Macam yang saya cakap, datang sini sebab kerja. Saya ada dalam tiga tahun lagi kat sini lepas tu baru boleh balik Malaysia. Maksud saya, sambung kerja kat sana,

jelas Adieb. “Umur?

Giliran Xandra pula bertanya. “Cuba teka.

Adieb tersenyum-senyum. “Around... 26, 27?

“I take the second one.

Dan Xandra terus ketawa. “Nak makan aiskrim tak?

Adieb bertanya sesudah mereka selesai makan. “Aiskrim?

Xandra sudah mula teruja. “Yup. Kat sana ada jual.

Jarinya dituding ke arah kedai menjual aiskrim. “I would love to try it,

jawab Xandra. Adieb terus mengajak Xandra masuk ke kedai itu. Xandra memilih aiskrim perisa coklat dan vanila. Dengan konnya yang sangat panjang dan melengkung, Xandra betul-betul teruja nak merasa. Tinggal lagi tak melompat aje sebab gembira sangat. “Awak, tolong ambik gambar saya boleh?

“Boleh. Bak sini kamera,

pinta Adieb. Xandra menghulurkan iPhonenya kepada Adieb. Dia tersenyum memegang aiskrimnya untuk dirakamkan Adieb melalui kamera telefon pintarnya. “You look cute,

puji Adieb. Xandra sekadar tersenyum. Tersipu dipuji begitu. “Ni macam mana nak habiskan ni? Panjang sangat.

Xandra ketawa dengan soalannya sendiri. “Cuba makan dulu. Mesti habis punya,

balas Adieb. Dia tersenyum melihat tingkah Xandra. Nampak sangat comel di matanya. Xandra menggeleng-geleng dengan muka yang dikerutkan. “Memang tak habis, trust me. Awak makan sikit ya?

pujuknya. Sengaja buat suara lembut dan muka comel. Adieb mengalah akhirnya. Aiskrim itu diambil lalu dipatahkan dua. Aiskrim di dalam kon itu mengalir keluar lalu terkena baju kemeja yang dipakai Adieb. “Ops!

Xandra cepat-cepat keluarkan tisu dari beg sandangnya. “Here...

Tanpa berfikir panjang, baju Adieb segera dikesat dengan tisu itu. Adieb tidak sempat menghalang. Sudahnya dia hanya diam menunggu Xandra selesai mengesat bajunya. Ketika tersedar situasi yang sedang berlaku, Xandra segera angkat muka. Masing-masing diam. Lalu cepat-cepat Xandra menjauhkan badannya. “Sorry...

“It’s okay. Nah, bahagian awak.

Satu bahagian kon itu dihulurkan kepada Xandra. “Thanks.

Xandra mengambil. Kemudian dia berpusing dan menonong berjalan ke depan. Hati terasa lain macam. Ya Allah... kenapa tiba-tiba aje ni? Sementara Adieb di belakang juga bereaksi serupa. Masing-masing cuba menahan rasa janggal yang tiba-tiba hadir. Melihat Xandra elok duduk di bangku menghabiskan aiskrim, Adieb ikut duduk. “Not bad,

ujar Xandra. Sekadar menutup rasa gugup yang tiba-tiba muncul. “Tapi saya dapat bahagian coklat. Awak tak kisah ke?

tanya Adieb. “Tak apa. Vanila pun best apa?

Xandra tertawa kecil. Adieb tersenyum. Lega kerana tidak lagi janggal macam tadi. Mereka cuma duduk di situ, menghabiskan aiskrim sambil berbual-bual kosong. Habis aiskrim di tangan, Xandra segera bangun. “Hui... penat nak habiskan! Sejuk pulak tu,

bebelnya sambil menggelengkan kepala. Adieb tersenyum. Ketika itulah dia terasa ada titisan hujan mengenai kepalanya. “Dah hujan...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience