BAB 15

Romance Completed 2863

Lalu dia memutuskan untuk makan ikan bakar di sebuah restoran halal. Semuanya dilakukan seorang diri tanpa Adieb. Tiba-tiba saja, hatinya jadi rindu kepada lelaki itu. Mula hadir rasa tidak sabar-sabar untuk bertemu lelaki itu sebaik saja malam tiba.

Xandra pulang ke Itaewon Inn ketika hari sudah lewat petang. Selesai mandi dan solat, pesanan WhatsApp kiriman Adieb masuk ke telefon pintarnya. Baru teringat dia ada memberi nombor telefonnya kepada Adieb ketika di Everland semalam.

Saya tunggu kat bawah. J Xandra tersenyum. Okey. Kemudian dia cepat-cepat menukar pakaian, menyapu bedak nipis dan menyarung tudung. Beg sandangnya dicapai lalu dia terus turun ke bawah. Senyuman manis Adieb menyambutnya. “Where are we going?

tanya Xandra. Malam sudah menjelma membuatkan cuaca jadi semakin sejuk. “Tengok air pancut. Jom,

ajak Adieb. Xandra segera mengikut tanpa banyak tanya. Namun ketika itu, dia benar-benar berharap Adieb akan bertanya tentang dirinya. Apa-apa saja soalan tak kisah, asalkan ada. “So... how was your day?

tanya Adieb. Xandra menyembunyikan senyumannya. “Good.

“Pergi mana aje?

“Namsangol Hanok Village, lepas tu shopping dekat Dongdaemun dengan Kwangjang Market,

cerita Xandra. “Best?

Xandra mengangguk. Hanya soalan-soalan ringkas namun sudah mampu membuat hatinya terasa riang. Mungkin memang itulah yang diangankan selama ini. Ada seorang lelaki yang sudi bertanyakan bagaimana hari-hari yang dilaluinya, ambil berat tentangnya dan ikhlas berkawan dengannya.

Ah, kenapa hatinya semakin menyenangi Adieb ? Tiba di Banpo Moonlight Bridge, Adieb mengajak Xandra duduk di atas tangga sambil menunggu pertunjukkan air pancut bermula. “Sejuk gila kat sini...

Xandra menggosok-gosok tapak tangannya yang sudah berbalut dengan sarung tangan. Adieb tersenyum. Terlepas rindu di hati dapat menatap wajah itu. Mungkin Xandra tidak tahu, tapi sejak tadi dia menyimpan rasa gembira kerana dapat bertemu gadis itu. Entah macam mana dia akan lalui harinya selepas gadis itu pulang ke Malaysia nanti.

“Kalau awak stay lama sikit kat sini, tentu akan biasa dengan cuaca macam ni. Lagipun ni dah hujung spring, belum rasa lagi waktu winter.

Adieb tersenyum lagi. Senyuman yang membuatkan hati Xandra berbunga indah. “Kalau nak rasa winter, saya kena datang lagilah, kan? Adieb mengangguk. “Saya boleh jadi tour guide awak lagi kalau awak nak. Tapi saya akan pastikan awak dapat service yang paling baik. Promise.

Tangan kanannya diangkat tinggi. Xandra tergelak kecil. Belum sempat dia membalas, pertunjukan air pancut sudah pun dimulakan. Daripada duduk, Xandra segera bangun untuk merakam pertunjukan itu. Kemudian dia mengajak Adieb untuk bergambar bersama dengannya menggunakan monopod. “Nanti bolehlah saya buat bisnes jual monopod kat sini, mesti laku,

gurau Adieb. Xandra ketawa. Malam itu, dia benar-benar gembira. Dapat menghabiskan masa menonton pertunjukan air pancut yang sangat cantik, duduk berbual dengan Adieb dengan bermacam-macam perkara, dan yang paling penting, dia mula sedar betapa hatinya sudah mula menyayangi lelaki itu. Mungkin terlalu cepat untuk mengaku, tapi Xandra tahu dia sukar untuk menidakkannya. “Esok kita pergi Nami Island. Okey?

Adieb tersenyum memandang Xandra yang sudah bersedia untuk masuk ke Itaewon Inn. Hati Xandra melonjak untuk bersetuju. Tapi tetap dikawal riak wajah agar tidak terlalu ketara. “Nak bawak pergi Jeju tak sempat nak arrange, so kita pergi Nami ajelah. Okey, kan?

“Okey, saya tak kisah.

“Good girl,

puji Adieb. Xandra tersenyum. “Saya tak kacau kerja awak ke?

Adieb menggeleng. “Saya dah uruskan hal tiket bas dengan feri. Awak cuma perlu ikut aje saya esok. Itu pun, kalau awak percayakan sayalah...

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience