BAB 2

Romance Completed 2863

Hasnol sudah berpaling menghadap Xandra semula. Xandra paksa seulas senyuman. “Tak apa, aku boleh makan dengan kawan-kawan lain.

“Betul ni?

Hasnol seakan-akan ragu. Xandra mengangguk. “Betul, kau pergilah dengan Zarimah tu. Kang merajuk pulak dia, ujarnya sambil tersenyum nipis. Siapa Zarimah di antara mereka? Oh, Zarimah itu kekasih hati Hasnol. Sudah pastilah Zarimah akan menang tanpa bertanding. Dan Xandra tidak mahu membuat Hasnol memilih antara dia dan Zarimah sebab dia tahu Hasnol akan pilih Zarimah dan itu hanya akan buatkan hatinya semakin terluka. Hasnol gelak kecil. “Nanti malam kita lepak sama, okey?

“Err... tak kut. Aku nak kemas barang lagi sikit. Esok dah nak balik,

dalih Xandra. “Sure ke ni?

Xandra angguk lagi. “Okay, then. See ya.

Hasnol mengangkat sedikit tangannya lalu berpusing mendapatkan Zarimah yang setia menunggu. Xandra hanya memerhati Zarimah mencapai lengan Hasnol dengan manja lalu mereka berdua berlalu pergi dengan senyuman mekar pada bibir masing-masing.

Xandra menyelitkan semula gambar itu ke dalam buku notanya lalu buku itu ditutup rapat. Dia bangun dari katil. Tujuan dia datang ke bumi Korea ini untuk berjalan-jalan mencari ketenangan dan melepaskan penat belajar yang masih belum hilang. Jadi tak ada guna baring saja mengenangkan kisah cinta yang tidak kesampaian.

Pathetic sangat bunyinya. Lalu dia keluar dari bilik menuju ke bilik mandi untuk membersihkan diri. Xandra keluar dari Itaewon Inn setelah selesai solat zuhur yang dijamakkan sekali dengan waktu asar. Dia tidak pergi jauh, cuma berjalan-jalan di sekitar Itaewon Market untuk melihat-lihat suasana sekitar dan barang-barang yang dijual. Sebelum turun tadi, sempat dia membalas kiriman pesanan yang masuk ke peti WhatsAppnya. Daripada siapa lagi kalau bukan adik-beradik dan kawan-kawan yang sibuk mahu tahu apa yang sedang dia lakukan di bumi Seoul ini.

Sempat juga dia meminta adik-beradiknya memaklumkan kepada ibunya tentang dirinya yang selamat dan tiada apa yang perlu dirisaukan. Cuaca ketika itu tidak terlalu sejuk memandangkan musim bunga sudah sampai ke penghujungnya. Xandra mengeluarkan buku nota dari beg sandangnya bersama sebatang pen.

Apa saja yang melintas di ruang mata dan dirasakan menarik, semua akan dicatat dalam buku nota itu. Well, the perks of being a writer, bisik hatinya sendiri. Nanti balik ke Malaysia, bolehlah dia tulis novel baru berlatarbelakangkan Korea. Tak gitu? Selepas puas jalan-jalan di kawasan itu, Xandra berhenti makan di restoran Murree Muslim Food. Nasib baik ada logo halal terpampang di depan restoran itu jadi Xandra tak ragu-ragu untuk mencuba makanan di situ. Kata orang, kalau datang ke Korea wajib cuba kimchi.

Namun bagi Xandra yang semestinya tak tahu apa-apa tentang Korea, terutamanya artis-artis yang menjadi kegilaan remaja masa kini, dia cuma merasa apa yang terhidang di depan mata. “Hmm... not bad,

komennya sendiri. Selesai makan, Xandra turun ke stesen subway. Matanya fokus membaca peta yang diambil dari internet sebelum datang ke situ. Dia mahu ke Myeong Dong Market.

Mengikut apa yang dia baca dalam blog-blog pelancong yang pernah datang ke Korea, itu adalah antara tempat shopping yang murah. Betul atau tak, biar dia sendiri tengok nanti. Puas terkial-kial seorang diri mencari arah, Xandra tiba juga di Myeong Dong Market.

Ketika dia sampai, cuaca sudah semakin gelap. Angin petang yang sudah hampir ke senja semakin dingin mengenai tubuh. Xandra menaikkan hood di belakang baju peluhnya apabila terasa hujan rintik-rintik mula turun. Langsung dia tak terfikir nak bawa payung atau baju hujan tadi. Nasiblah. Berjalan sambil meninjau-ninjau barang di situ, sudahnya Xandra cuma membeli sebuah muk dengan gambar artis CN Blue.

Kalau ditanya siapa CN Blue itu, memang satu haram pun Xandra tak tahu. Tapi disebabkan kawannya Elly memang gilakan CN Blue dan siap pesan kalau ada jumpa barang dengan gambar CN Blue, tolonglah beli. Perkataan ‘tolonglah’ itu yang buatkan Xandra jadi tak sampai hati nak menolak. Hujan semakin lebat. Lalu Xandra putuskan untuk pulang ke Itaewon Inn saja. Dia turun semula ke stesen subway dan mengambil tren di line 4.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience