BAB 2

Romance Completed 9306

Malam itu Willis bersama beberapa orang sahabat satu ‘batch’ dengannya membuat persembahan ‘unplugged plus video clip’. Sementara dua orang rakannnya memetik gitar dan menyanyi, Willis dan Faris, hero dan heroin bagi klip video itu melakonkan watak sebagai pasangan kekasih seiring jalan cerita lagu itu.

Seperti yang dijangka, persembahan mereka mendapat sorakan hebat dan menjadi agak kontroversi dek kerana babak romantis yang dilakonkan. Tanpa Willis ketahui, gerak gerinya malam itu mendapat perhatian salah seorang dari ratusan manusia di dalam dewan besar itu.

“MC? Which one? Aku mana kenal sorang senior pun kat sini, except facilitator je.”

Willis menyoal sekadar berbasa basi. Dia tidak mengenali MC yang dimaksudkan oleh sahabatnya itu.Malah, sedikit pun dia tidak peduli dengan senior lelaki di kolej itu. Terlalu ramai, sangat mustahil untuk dia mengenali mereka tambahan dengan peribadinya yang agak serius dan pendiam.

“MC, pengacara malam ramah mesra hari tu. He has a crush on u lah! That one yang funny tu. Dia cakap dia kenal kau masa malam ramah mesra tu lah, dan dia pernah nampak kau masa kuliah.”

Farah bersungguh-sungguh cuba menerangkan pada Willis. Willis ketawa kecil.

“Okay lah. Whatever. Ramai yang cakap senior kat sini semua desperate.”

Perbualan singkat itu mati di situ. Willis tidak terlalu kisah dengan apa yang disampaikan oleh Farah. Malas dan tak larat mahu memikirkan siapakah lelaki yang dimaksudkan oleh Farah. Malah, dia langsung tidak mengingati rupa atau personaliti mana-mana pengacara pada majlis ramah mesra beberapa hari yang lepas.

Apa yang dia tahu, mengingati jenis-jenis bakteria patogenesis adalah lebih seronok dari cuba mengambil tahu siapa gerangan lelaki yang kononnya suka padanya itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience