BAB 3

Romance Completed 9306

Beberapa hari selepas perbualan singkat antara Willis dan Farah di bilik kuliah, Willis tiba-tiba dikejutkan oleh satu panggilan telefon lewat malam sewaktu dia sedang menelaah subjek anatomi dan fisiologi. Buku anatomi dan fisiologi yang tebal itu ditolak ke tepi dan telefon diangkat walaupun nombor yang tertera di skrin tidak dikenali.

“Err hai, assalamualaikum.”

Kedengaran satu suara garau di hujung talian. Willis menjawab ringkas dan bertanya siapa gerangan si pemanggil. Dengan teragak-agak lelaki itu menjawab.

“Saya Erzat. Farah ada cerita kan?”

“Oohh, Erzat? The guy from that night? Farah ada cerita tapi saya tak tau pulak nama awak Erzat. Dan saya tak tau pulak Farah akan bagi nombor saya kat awak.”

“No, Farah tak bagi. Saya dapat dari senarai nama. Since junior ada tulis senarai nama dengan phone number kan?”

Erzat cuba menerangkan, suaranya bersahaja. Willis hanya mengangguk sendirian, tidak memberi sebarang reaksi terhadap penjelasan Erzat. Malam itu, perbualan mereka cukup ringkas, sekadar perbualan kosong berkisar hal kolej dan pelajaran.

Sebaik sahaja talian telefon dimatikan, Willis mencapai komputer ribanya dan membuka laman sosial Fac-nya. Hanya dengan cara itu dia dapat mengenali paras rupa si Erzat. Hendak bertanya pada Farah, terasa malu kerana tempohari dia yang tidak mahu ambil peduli siapa lelaki yang dimaksudkan Farah.

Melalui laman Fac rasmi kolej, dia bersengkang mata mencari profil pengguna dengan nama Erzat. Tidak susah kerana pelajar di kolej perubatan itu tidak terlalu ramai. Dalam masa singkat sahaja, dia berjaya menjumpai profil Erzat, gambar lelaki itu lengkap berpakaian uniform perubatan siap dengan stateskop tergantung di leher pada halaman profilnya ditatap lama. Baru sekarang dia mengingati siapa Erzat. Lelaki yang mengacara majlis ramah mesra dengan celoteh kelakar, nakal dan bersahaja. Lelaki yang tidak pernah sekalipun menegurnya selama di kolej, tetapi sebenarnya menyukai dirinya.

‘Agak comel.’

Tiba-tiba hati Willis berbisik nakal.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience