BAB 1

Romance Completed 9306

Gamat dan hebat. Itu gambaran yang tepat dapat diberikan untuk suasana malam persembahan yang diberi nama tradisi, Ice-Breaking Fun Night. Sememangnya sudah menjadi tradisi turun temurun di kolej perubatan itu, setiap kali ada kemasukan pelajar junior, akan diadakan satu malam ramah mesra antara sebilangan senior dengan junior.

Malam itu dikendalikan oleh kalangan senior sebagai tanda menyambut junior dan mencipta hubungan junior-senior yang lebih baik dan mesra. Seperti mana tahun sebelumnya, tahun ini juga malam persembahan itu dilaksanakan dengan jayanya.

Buktinya, dewan auditorium kolej itu kini bergema dengan sorakan dan tepukan gemuruh walaupun persembahan baru bermula. Oleh kerana majoriti pelajar di kolej itu adalah dari kalangan lelaki, bunyi sorakan itu memang sangat hebat dan membingitkan telinga. Willis hanya tersenyum melihat gelagat para senior lelaki, sambil itu matanya terus fokus pada persembahan yang berlangsung. Dadanya sedikit berdebar. Malam itu, sebagaimana junior yang lain, dia juga akan terlibat dalam persembahan walaupun sememangnya secara paksa rela dan dengan hanya sedikit persediaan.

Melihat bagaimana persembahan lain disorak, dia dapat meneka bagaimana dia pula akan disorak di atas pentas besar itu. Pun begitu, dia menenangkan diri. Mata dihala pada pentas, telinganya menangkap celoteh-celoteh nakal dan bersahaja dari dua orang pengacara majlis di atas pentas. Setahunya, pengacara majlis itu adalah senior dan dia langsung tidak mengenali mereka.

“Willis, come on. Belakang pentas.”

Willis menoleh pada rakan yang mengajak, lalu cepat-cepat bangun dan mereka segera beredar ke belakang pentas.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience