BAB 8

Romance Completed 9306

Keesokan paginya, Willis bangun dengan semangat yang membara-bara ingin menjelajah seluruh pelosok Jepun. Awal pagi lagi dia dan Atira bersiap dan keluar membeli peta di sebuah kiosk ‘shimbun’ atau dalam Bahasa Melayunya suratkhabar. Agak sukar untuk menemui peta dalam Bahasa Inggeris sebegitu di Jepun kerana Jepun sangat mengagungkan bahasa sendiri dan mereka berasa bukanlah satu keperluan untuk memuja-muja bahasa asing.

“Kita nak pergi mana dulu eh? Pening aku tengok map ni?”

Soal Atira sambil memusing-musing peta di tangan.

“Okay, first kita pergi Harajuku, nak? Then kita pergi Shinjuku, Roppongi Hill, Akihabara.Then baru fikir pergi lain-lain.Nak pergi tengok Mount Fuji jugak okay.”

“Deal! Kita naik ‘subway train’ okay. Sebelum tu kita pergi makan dulu nak? Aku teringin nak makan ‘ramen’ lah.”

Willis bersetuju dan mereka sama-sama menapak ke sebuah kedai ‘ramen’. Sempat mereka menikmati ‘negi ramen’, sejenis mi nipis Jepun dan menghirup ‘soba-cha’,teh dari ekstrak tepung soba. Selesai saja mengisi perut, mereka meneruskan perjalanan yang sudah dirangka teliti.

Sampai sahaja di stesen keretapi bawah tanah Tokyo, mereka menaiki sebuah keretapi ke Harajuku, bandar fesyen di Jepun. Willis dan Atira mengambil tempat di tepi sekumpulan pelajar sekolah tinggi. Kedengaran riuh rendah suara gadis-gadis remaja itu bertukar cerita.

Willis senyum nipis. Teringat zaman remajanya yang sudah hampir berlalu pergi. Semenjak menceburi bidang medik, bersukaria bersama teman seusia sudah menjadi perkara terakhir dalam senarai aktiviti harian. Ketika pandangan matanya meliar ke seluruh isi keretapi yang mulai bergerak, matanya tiba-tiba tertangkap imej seorang lelaki sedang tunduk membaca sesuatu sambil menikmati seketul roti melon.

Hatinya berdebar kuat. Raut wajah dan susuk tubuh lelaki itu hampir sama dengan lelaki yang paling dirinduinya, Erzat. Malahan sweater yang tersarung di tubuh lelaki itu mirip sweater hitam Erzat. Willis menguit siku Atira.

“Rara, cuba kau tengok sana. That guy looks like Erzat.”

“Mana?”

“Sana. Yang tengah makan roti melon tu.”

Mata Atira turut meliar-liar. Agak susah untuk dia mengesan lelaki yang di maksudkan Willis kerana keretapi awal pagi itu agak padat dengan penumpang.

“Ohhh betul! Dia nampak macam Erzat lah! Bukan Erzat ke tu?”

“Apa kes Erzat nak ada kat sini pulak? Tapi macam Erzat. 90%”.

“Tak nak pergi dekat? Cuba tengok kalau-kalau memang Erzat.”

Usul Atira. Willis geleng cepat. Sehinggalah sampai di destinasi, dia hanya memandang sahaja pada lelaki misteri itu. Perjalanan mereka diteruskan. Dalam masa yang singkat sahaja Willis terlupa terus pada lelaki misteri di atas keretapi itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience