BAB 6

Romance Completed 9306

Petang Selasa itu, sebaik sahaja habis waktu pejabat, Willis mengemas meja belajarnya yang bersepah dengan buku-buku rujukan medikal dan alatulis. Stateskop Littman dan set sfigmamometer disimpan di dalam laci dan komputer ribanya dicapai. Sementara menunggu komputer riba itu sedia untuk diguna, dia mencapai dua keping tiket penerbangan ke Jepun yang dibeli beberapa minggu lepas.

Ditatap lama tiket penerbangan dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Lapangan Terbang Narita, Jepun itu. Tidak sabar rasanya hendak melancong ke bumi matahari terbit itu. Memang sudah menjadi impiannya selama ini, dan akhirnya beberapa hari lagi dia akan berangkat ke bumi Edo itu sempena cuti panjang nanti. Mulanya, Willis berhasrat mengajak Erzat bersama tapi memandangkan lelaki itu kelihatan sangat sibuk, dia membatalkan hasratnya.

‘Sesekali melancong seorang diri, mungkin lebih seronok.’

Desis hati kecilnya.

Willis kembali menumpukan perhatian pada skrin komputer ribanya. Seperti biasa, dia akan menyemak emel dan melayari laman sosial Fac yang banyak menghubungkannya dengan rakan-rakan. Dan seperti biasa juga, sudah menjadi rutin hariannya untuk membuka profil Erzat. Rutin yang sudah diulang-ulang sejak bulan Julai tiga tahun yang lepas.

Memang kelihatan agak bodoh tindakannya menjadi ‘stalker’ dan menyemak laman Fac Erzat sebegitu rupa. Tapi dia tidak peduli. Sudah menjadi kebiasaan. Tiba-tiba kornea matanya tertancap pada satu status di dada Fac Erzat. Dan dibawah status itu kelihatan berderet komen dari Farah, sahabat satu kuliahnya. Komen yang tersangat mesra, hampir-hampir sahaja jantungnya tertanggal dari kaviti toraks saat semua komen itu habis dibaca.

Serebrumnya ligat mencerna apa yang ada dihadapan mata. Jelas dari pandangan mata kasarnya, Erzat dan Farah sangat rapat malah saling berhubungan selama beberapa tahun ini. Willis mengurut dada, cuba berfikir rasional. Dia tiada hak menghalang dengan siapa Erzat mahu berteman. Malam itu, sebaik sahaja nama Erzat tertera di skrin telefon, cepat-cepat dia menekan butang terima panggilan.

Lama mereka berbual setelah begitu lama saling mendiamkan diri kerana komitmen kerjaya dalam bidang medikal yang semestinya sangat sibuk. Tiba-tiba lancar sahaja Willis bertanya,

“Erzat, siapa saya bagi awak? After this whole three years, who am I to you?”

Erzat ketawa di hujung talian. Tidak serius dan menganggap soalan itu sebagai satu jenaka. Willis mengetap bibir, cuba menahan rasa menyucuk di apeks jantungnya.

“Be serious, Erzat. Siapa saya bagi awak selama ini?”

“Willis honey, tak kisah lah apa sekalipun hubungan kita, siapapun awak bagi saya. Yang penting kita selesa dengan satu sama lain kan? Awak happy ada saya, saya pun happy ada awak. What’s the problem?”

“Awak sedang cuba nafikan komitmen kan? You don’t wanna be commited to any girl right?”

Willis menempelak.

“Apa masalah awak? Biar masa aje yang tentukan perjalanan hubungan kita ni okay. By the way, I don’t believe girls.”

Sekali lagi Erzat tertawa bagaikan kenyataan itu sesuatu yang menggelikan hati. Willis menggeleng sendirian. Setelah tiga tahun, itu jawapan Erzat. Setelah tiga tahun!

“It’s okay, then. Lupa nak bagitahu awak, lusa saya pergi Jepun. Dua minggu kat sana. Apa-apa nanti kita emel tau. Good night.”

Talian dimatikan tanpa menunggu jawapan dari Erzat.

‘It’s sweet but it’s not love. It’s bitter but it’s not hate. It’s friendship.’

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience