BAB 7

Romance Completed 9306

‘Trench’ coat warna coklat muda yang dipakainya ditarik erat agar lebih kemas membungkus tubuh. Willis menghela nafas lega dan tersenyum lalu memeluk bahu Atira, teman yang sudi mengikutnya melancong ke Jepun di saat-saat akhir. Teman yang sanggup berkejar dari Pahang ke KLIA supaya sempat menaiki ‘airbus’ untuk ke Jepun.

“Ogenki desu ka, Nippongo? Watashi no namaewa Willis desu!”

Willis mengucap perkataan Jepun itu dengan agak kuat lalu ketawa kegembiraan. Atira disampingnya menepuk-nepuk tangan dan turut sama ketawa. Dua gadis muda itu kini berdiri di tengah-tengah kesibukan bandar Tokyo, Jepun sambil memegang snek ‘crepe’ yang sempat dibeli di sebuah bakeri. Bumi Edo itu kini sedang mengalami perubahan musim dari musim salju ke musim bunga.

Suhu sekeliling masih sejuk dan ‘trench coat’ yang mereka pakai sedikit sebanyak mampu menghangatkan badan. Ais yang mulai mencair di jalanan di bandar Tokyo itu menambah kelembapan pada suhu persekitaran. Udara terasa lembap saat nafas dihela. Willis dan Atira terus menyusuri kaki lima bandar maju itu dan melilau mencari hotel untuk menginap memandangkan mereka hanya datang dengan inisiatif sendiri dan bukannya menggunakan khidmat mana-mana agensi pelancongan.

Sesekali mafela di leher dibetulkan. Selepas beberapa ketika merentasi bandar Tokyo, singgah di beberapa kedai makanan Jepun yang halal, menikmati sushi, sashimi serta teppanyaki, mereka menjumpai sebuah hotel kecil dan memilih untuk menginap di situ selama kerana harganya yang bepatutan. Dalam rancangan mereka, 2 minggu di Jepun itu akan dihabiskan dengan melawati seluruh pelosok Jepun.

Lewat malam itu, mereka sama-sama berkemas dan melepaskan lelah setelah kepenatan 4 jam di atas pesawat Boeing 747 Malaysia-Narita, beberapa jam di Narita dan 3 jam berjalan sekitar Tokyo. Sebelum terlelap, Willis sempat menyemak peti masuk emel. Dalam keadaan mamai, dia sempat membaca sepucuk emel datangnya dari Erzat.

‘Willis,

I’m not perfect, I make mistakes. But when I say I’m sorry, I mean it. I’m so sorry if I ever hurt u. Sorry for the last time i hurted u.

Saya minta maaf Willis, saya nak baiki balik everything. Mungkin dah sampai masa untuk kita bina komitmen. Bila awak balik dari Japan nanti, saya janji akan mulakan balik semuanya dan buat awak gembira dengan usaha saya.

I want you to be mine. Pegang kata-kata saya.

Erzat.’

Habis sahaja emel ringkas itu dibaca, Willis tertidur dibelai mimpi. Emel itu tidak dibalas, malah selepas itu dia terus terlupa perihal sepucuk emel itu.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience