BAB 10

Romance Completed 9306

2 hari kemudian.

Awal pagi lagi Willis menekan-nekan punat pada telefon bimbitnya berkali-kali. Cuba menghubungi Erzat setelah dia teringat akan emel Erzat dan merasakan bahawa dia perlu berbicara hati ke hati dengan Erzat. Tapi sayang, setiap kali nombor Erzat didail, yang menyambut panggilannya hanyalah suara deringan yang panjang tidak berjawab.

Willis resah. Ke hulu ke hilir dia cuba menanyakan hal Erzat tetapi tiada yang tahu. Emel yang dihantar pada Erzat tidak berbalas. Laman Fac lelaki itu suram tidak dikemaskini.

‘Mungkinkah Erzat berubah hati dan cuba menjauhkan diri dari aku?’

Bisik hatinya.

Willis mengeluh. Dia meletakkan telefon bimbit dan menghidupkan suis kereta. Baru saja dia membelok keluar dari perkarangan rumah untuk ke tempat bertugas, telefon bimbitnya bernyanyi-nyanyi. Sebaris nama Erzat tertera di skrin, berkelip-kelip meminta dijawab. Willis cepat-cepat memarkir kereta di bahu jalan. Punat hijau pada telefon ditekan.

“Hello, awak?”

Sunyi sedetik.

“Are you there, Erzat?

“Hello, Willis. Saya Ezzry abang Erzat. Willis boleh datang Melaka tak? Ada benda saya nak cakap dengan Willis, ada sesuatu untuk Willis dari Erzat.”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience