BAB 5

Romance Completed 9306

3 tahun berlalu dengan sangat pantas tanpa disedari. Sepanjang 3 tahun di kolej perubatan itu, hidupnya berwarna warni ditemani Erzat. Erzat yang selalu mengusik, yang selalu memanggilnya dengan segala panggilan manja seperti ‘honey’,’darling’,’sweetheart’.

Erzat yang selalu meninggalkannya nota-nota pelajaran walaupun kebanyakan nota itu buruk dan kusam, mengajaknya menonton wayang di hujung minggu, membelikannya aiskrim McFlurry, mengejeknya kerana terlalu suka dengan Dunkin’ Donuts. Erzat yang selalu meminjamkannya sweater hitam berbau asap rokok ketika dia kesejukan dibasahi hujan, selalu menelefon dan mengganggunya semasa kuliah.

Erzat yang selalu berlagak comel dengan menelefonnya di tengah-tengah malam dan membuat suara mengantuk ala serak-serak basah. Boleh dikatakan sepanjang tiga tahun ini, Erzat segalanya. Erzat dunianya selain teman-teman seperjuangan yang lain. Dan sepanjang tempoh itu juga, dalam diam Willis merasa agak tersiksa dengan hubungan mereka yang tidak diketahui status.

Mereka selalu bersama malah dilabel pasangan kekasih tapi hanya mereka yang tahu hakikat sebenar. Erzat juga seperti tidak inginkan komitmen. Sesekali dia sangat rapat dengan Willis dan sanggup menemani Willis kemana sahaja tapi adakalanya pula dia menghilang. Sibuk dengan tugasan serta harus mengikuti penempatan klinikal sebagai persediaan dalam bidang kerjaya nanti.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience