BAB 4

Romance Completed 9306

Bermula detik malam Julai yang tenang itu, Willis mulai rapat dengan Erzat. Selepas panggilan telefon itu, mereka mulai berhubung secara kerap dan mereka agak kerap terserempak di kolej, bertegur dan kadang-kadang bertukar nota memandangkan Erzat adalah senior. Personaliti Erzat yang agak nakal dan kadang-kadang comel membuat Willis senang. Adakala Erzat menyakiti hatinya tapi pandai pula membaiki keadaan. Tekanan dek pelajaran menjadi sedikit ringan dengan hadirnya si Erzat, jejaka kelahiran Melaka itu.

“Hai makcik suka membebel!”

Willis sedikit tersentak.

Dia menoleh dan melihat kelibat Erzat memakai jeans pendek, T-Shirt putih dan sweater hitam kegemarannya berdiri tegak di belakangnya. Wajah manis Erzat ditatap seketika. Mata lelaki itu bercahaya memandang ke arahnya. Keningnya yang agak lebat dan matanya yang besar bercahaya nampak sangat indah terletak di atas seraut wajah manisnya.

“Awak takde baju lain ye nak pakai? Asyik pakai benda ni aje. Mandi tak hah? Rambut pakai gel tak? Eh, bawak beg lappy nak buat ape?”

Willis mula membebel. Beg laptop buruk yang digalas Erzat dikerling. Entah apa gunanya lelaki itu mengusung beg buruk itu ke hulu hilir.

“Eh, suka hati saya lah. Mulut macam bontot ayam. Nak kena cili jugak ni. Tak, saya tak mandi sejak tiga hari lepas.”

Bersahaja jawapan itu keluar dari mulut Erzat. Willis mencengil mata.

‘Memang nampak macam tak mandi, tapi still comel!’

Hatinya berbisik.
“Playboy gigi arnab!”

“Mulut bontot ayam!”

Willis menarik muka dan berlagak serius, buat-buat marah walaupun sebenarnya dia menahan tawa. Sambil berjalan mundar mandir di pusat membeli belah itu untuk mencari barang keperluan, mereka berdua tidak berhenti-henti berperang mulut.

“Dah lah honey, saya dah penat dengar mulut awak pot pet pot pet. Diam boleh tak?”

“Siapa honey awak? Suka hati aje kan? Playboy, sweet talker!”

“Eh, awak yang ada skandal, saya pula yang kena gelar playboy? Playboy ni banyak awek tau tak? Tak cukup satu. Saya ada awak sorang aje. Awak tu yang berskandal dengan budak satu batch, dengan Faris lagi.”

Willis ketawa besar. Erzat memang selalu mengusiknya begitu, tapi dia tidak terlalu ambil serius. Baginya apa yang mereka lalui sekarang bukan cinta, tapi sekadar selesa bersama. Mereka terasa bahagia seperti sekarang bukan kerana dilayat cinta tetapi kerana keserasian mereka. Mereka bergaduh bukan kerana cemburu tapi kerana kemesraan yang tercipta.

Oleh kerana itu, Willis hanya membiarkan sahaja persahabatan mereka mekar dengan cara tersendiri. Just follow the flow. Kadang-kadang ada juga dia terasa sakit hati dengan tingkah Erzat yang tidak sensitif, selalu tidak serius dan gemar bercerita hal gadis itu gadis ini di depannya. Kerana itu Erzat di gelarnya playboy walaupun Erzat sebenarnya bukanlah jenis yang suka menghampiri ramai gadis. Dan dia juga berusaha membina jarak dan batasan antara mereka kerana dia tidak mahu nanti hatinya jatuh suka pada Erzat. Dia susah jatuh hati, tapi sekali hatinya suka, dia akan dikuasai emosi.

“Willis, saya sayang awak tau tak?”

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience