BAB 10

Fantasy Completed 3167

Peperangan masih lagi gelegak. Masih diserang bertubi-tubi. Beberapa orang sudahpun mati kehangusan akibat aku menyebarkan petir-petir yang agak dasyat. Yang tak mampu untuk mereka elak. Namun aku bukanlah terlalu berkuasa dapat bertahan dengan sekian lamanya. Badanku sudah mula lemah tapi aku kuatkan diri untuk Elya. Dia perlukan perlindungan kerana dia adalah manusia normal tidak seperti kami yang abnormal. Ada kuasa kerana dijadikan bahan eksperimen manusia tak berperikemanusiaan. Tapi aku bersyukur kerana dapat menguasai kuasa ini dengan cara jalan yang baik bukan untuk kejahatan. Kebanyakan daripada mereka menggunakan kuasa dengan mementingkan diri sendiri.

Mie dan Rai mula kebelakang begitu juga dengan Nasz dan Abang Ai. Semuanya sudah kepenatan tapi masih lagi berusaha. Bayangkan tiada henti langsung kerana mereka serang kami secara terus-terusan sehingga kami tak mampu lagi nak bertahan ataupun lawan.

Aku berlari bersama Elya dan aku berdiri di tengah-tengah kawasan tersebut. Aku melutut manakala Elya berdiri dihadapan aku. Dia hanya memandang aku dengan wajah sayu manakala aku tersenyum ke arahnya. Aku memejamkan mataku dan aku cuba mengingati selama tujuh tahun aku dipratikkan untuk mengawal kuasa aku dengan lebih berkuasa dan dapat memusnahkan semua musuh sekelip mata walaupun ia akan berisiko tinggi sekiranya aku buat. Demi orang yang aku sayangi aku sanggup. Elya memelukku tatkala aku sudahpun mengeluarkan kuasa tetapi sedikit pun tidak mencederakan Elya. Adakah Elya seperti kami juga?

"Alle!!!" jerit Rai. Hanya Rai sahaja yang tahu apa yang akan berlaku.

"Jangannn!!!!!" Rai berlari ke arahku namun tidak sempat aku sudah meluaskan lagi kuasaku ke arah musuh-musuh tersebut. Abang Ai turut berlari ke arah aku.

Robot tadi mati secara rentapan manakala musuh kumpulan tadi mati kerentungan. "Kakakk.." panggil Elya. Aku tersenyum dan mataku mula terpadam dan sebelum aku tidak menyedarkan diri aku terasa diriku disambut oleh abang Ai.

"Allleeeee!!!" jerit Abang Ai. Elya memeluk abang Ai erat. Tiba-tiba sebuah kapal turun dan menolong mereka. Tubuh Alle diletakkan di atas katil beroda dengan lembut. Dan bahan-bahan rawatan juga diberikan. Mereka diselamatkan oleh anggota-anggota yang berpakaian sut putih krim. Sebaik sahaja mereka semua masuk ke dalam kapal tersebut. Mereka terus rebah dan tidak sedarkan diri. Kapal itu terus bergerak ke sesuatu tempat asing bagi mereka. Tempat apakah? Masih tidak diketahui. Mereka dibawa ke sesuatu tempat yang mungkin lebih selamat atau tidak?

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience