BAB 9

Fantasy Completed 3167

Budak itu memeluk aku erat tidak mahu dilepaskan. Kami dapat melepaskan diri kami daripada bangunan tersebut walaupun berlari marathon sehingga masing-masing tidak cukup nafas apabila dikejar oleh orang-orang gila tadi. Budak itu seperti tidak sihat. Badannya menggeletar. Mujur Rai ada simpanan lebihan air dan juga roti tadi. Suhu badannya agak sejuk dan Rai membantu budak itu memanaskan badannya.

Kami berhenti di tepi hutan sementara merawat budak itu. Mukanya sangat comel. Dia seorang kanak-kanak perempuan. Aku jumpa dia dalam poket seluarnya rantai yang bernamakan dia iaitu "Elya". Abang Ai juga pandai melayan Elya. Elya dapat menyesuaikan diri dengan kami berlima walaupun dia tidak lagi bercakap dengan kami tapi dengan perbuatannya kami dapat lihat dia sudah dapat sesuaikan diri. Dia lebih rapat denganku berbanding yang lain.

Kami menyambung perjalanan kami yntuk ke destinasi seterusnya. Abang Ai mengendong Elya dan aku memegang lengan Abang Ai. Mie dan Rai berjalan di bahagian hadapan manakala Nasz bersama dengan kami.

Tiba-tiba ada lagi sesuatu yang tidak dijangka menyerang kami iaitu beberapa biji robot gergasi bersama-sama dengan beberapa biji bebola berapi marak. Kami huru-hara. Abang Ai terus memberi Elya kepada aku. Masing-masing bersedia dengan kuasa.

"Alle, selalu berlindung belakang abang. Jangan berjauhan dari abang." jerit Abang Ai. Aku mengangguk laju. Elya sudah menangis ketakutan tetapi dia tetap memeluk aku kuat. Beberapa dia kata pada aku bahawa aku jangan tinggalkan dia. Aku takkan tinggalkan dia. Sedang kami berusaha untuk melawan dengan robot gergasi tersebut, tiba-tiba ada lagi serangan bertubi-tubi daripada kumpulan yang bersama kami dulu. Mereka menyerang kami tanpa henti. Akhirnya, mereka muncul juga walaupun secara mengejut. Tapi jawapanku masih belum dijawab lagi untuk soalan yang aku ajukan. Apakah semua ini?

Aku memejamkan mataku. Elya aku turunkan disisi aku kerana aku mahu mengeluarkan kuasaku dengan agak kuat. Petir. Petir yang sangat boleh merentungkan manusia kerana hati aku sangat panas dengan mereka yang menyerang kami bertubi-tubi tanpa begitu juga dengan robot gergasi. Dua dalam satu, memang tidak adil langsung. Apa rancangan mereka yang tersirat sebenarnya? ia amat menyakitkan hati aku.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience