BAB 1

Fantasy Completed 3167

"Kita akan ke mana ni?" tanya aku. Abang Ai, Mie, Nasz dan Rai terpinga-pinga melihat sekeliling. Sebenarnya kami dihantar ke sini sekali lagi tetapi kali ini ada cabaran yang harus kami tempuh. Sekarang kami terkejut dengan keadaan sekeliling kerana sepanjang kami berjalan semuanya hutan belantara tetapi setelah sekian lama perjalanan kami, lebih kurang 8 jam, Akhirnya kami menjumpai satu tempat yang tersusunnya bangunan, dan perumahan tetapi keadaan disitu sangat sunyi.

"Aku rasakan ni dunia luar lah." kata Nasz. Aku setuju dengan kata-kata dia.

"Kenapa dengan dunia luar? kenapa suasana dia nampak usang? teruk" ujar Rai. Aku masih lagi berdiri disebelah abang Ai. Mie pula menghayati pemandangan sekitar situ. "Sekarang kita kena gerak, aku rasa kita pergi dekat kawasan perumahan dululah." ajak Mie.

Kami mengikut langkah Mie ke sebuah rumah berdekatan situ. "Ingat tak apa mereka katakan? kita tidak akan kembali ke sana semula setelah pekara mereka selesai. Korang tahu tak pekara apa?" tanya Rai. Aku terdiam sambil otakku berligat memikirkan hal yang dibicarakan oleh Rai. Aku turut terfikir, apakah pekara yang cuba dikatakan oleh mereka? sampai bila kami harus tinggal disini.

"Mari." ajak Mie masuk ke dalam rumah yang kelihatan seperti rumah lama. "Aku rasa better kita tinggal sini buat sementara. Perut aku pun lapar. Badan aku kepenatan." mengeluh Mie. Aku terduduk di atas sofa ungu tersebut. Rai mengajak aku ke dapur. Mujur kami ada bawa bahan masak. Bolehlah masak apa yang boleh.

"Eh, api dapur ni masih hidup lagi dan elektrik juga ada." teruja Rai. "Memanglah, kuasa kaukan api, Rai. Ish kau ni..." Rai tergelak. "Alah, baru nak bergurau. Dok pasanglah elektrik dalam rumah ni. Hidupkan kipas je, lampu tak payah. Aku takut ada orang kesan kita." kata Rai kepada abang Ai, abang Ai yang sentiasa mengekori aku ke mana sahaja kami pergi. Kipas mula dihidupkan setelah abang Ai memejamkan matanya dan mengeluarkan kuasa elektriknya.

"Masak apa?" tanya abang Ai. Aku tersengih. "Kiteorang ada bawak roti, potongan daging, spagetthi, telur, hotdog dan bahan-bahan lain. Kiteorang ambil je dekat dapur semasa kat dalam kapal.

"Bagus. Nak abang Ai, tolong?" pelawa abang Ai. "Tolong basuhkan hotdog tu. Alle nak buat roti telur hotdog dan spagetthi goreng." abang Ai mengangguk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience