BAB 3

Fantasy Completed 3167

"Bangun-bangun.." kejut Rai. Aku bangun lalu menuju ke bilik air kerana perutku memulas. Rai menemani aku. Nasz, Mie dan abang Ai sedang duduk di meja makan menanti aku untuk sarapan bersama-sama. kasihan Rai menyediakan sarapan seorang diri.

"Roti telur." kataku. Rai mengangguk. "Sorry guys sebab ni je Rai mampu buat. Kepala Rai pun malam tadi pening-pening masa dengar bunyi tu cuma tak seteruk Alle." katanya. Kami memahami. Lantas kami bersarapan. Kemudian aku dan Rai pergi ke bilik yang terletak di tingkat atas. Bilik ini sangat kemas walaupun keadaan rumah ini sudah usang.

Rai masuk ke dalam bilik air yang terletak dalam bilik tersebut. Aku pula menukar pakaian setelah siap mandi. Aku ternampak sesuatu di atas meja berdekatan situ. Ada bingkai gambar satu keluarga. Aku perhatikan setiap seorang di dalam gambar tersebut. Seorang lelaki, seorang wanita dan juga dua orang anak-anaknya. Lelaki dan perempuan. Bayi perempuan ini sangat comel wajahnya persis ibunya manakala yang lelaki seperti sudah berusia 3 tahun.

Aku menjumpai sekeping kertas yang menggambarkan suasana dunia luar, mungkin? Aku tergerak hati untuk meneroka bilik ini. Baju-baju bayi dan juga katil bayi, hatiku seperti tahu sesuatu tetapi tak dapat nak diungkapkan. Hatiku penuh dengan tanda-tanda tanya.

Aku terjumpa album gambar. Aku membeleknya satu per satu. Daripada wanita itu mengandung anak yang pertama sehingga yang kedua. Aku membelek helaian yang seterusnya sudah tiada gambar. Gambar bayi itu hanya ada dua sahaja sehingga dia berusia sebulan sahaja. Aku musykil kemanakeluarga ini pergi sejak dunia luar menjadi begini? aku melihat kulit belakang album. Gambar ini daripada tahun 1990-1998. Sudah lama rupanya album ni. Aku mengambil sekeping gambar daripada album tersebut.

"Ok aku dah siap. Jom." ajak Rai. Aku mengangguk.

Share this novel

Guest User
 


NovelPlus Premium

The best ads free experience